Monday, October 19, 2009

Siapa Penipu Sebenar? Azmin atau Zahid?

Dalam kebanyakan akhbar utama semalam, diberitakan zahid mengambil 'cuti politik' selama enam bulan dari parti yang baru disertainya bulan Jun lepas.

Tak sampai 4 bulan, jika pengantinpun belum hilang inai dijari, belum puas menikmati bulan madu, tiba-tiba semacam ada yang tak kena antara Zahid Ibrahim dengan bini barunya, PKR. Dikhabarkan hasratnya untuk ke Sabah telah dihalang oleh Anwar, setelah (sudah semestinya) mendapat 'nasihat' dari Azmin.

Tadi dalam mstar, Azmin Ali pula telah menafikan tuduhan Zahid,

"Itu tidak benar (halangan), tidak ada sebarang arahan kepada mana-mana pemimpin termasuk Datuk Zaid untuk turun berjumpa dengan ahli bagi memperkukuhkan parti" kata Azmin.

Jadi siapa sebenarnya tak cakap betul? Azminkah atau Zahidkah? Apapun mesti salah seorang antara mereka itu tidak bercakap benar @ menipu. Sama-samalah kita tonton episod seterusnya.

6 comments:

al-fakir said...

Mereka berdua ini semua ini adalah dari yang berasal dari PARTI KEBANGSAAN suatu masa dahulu.......

APA YG MEREKA SEBENARNYA CARI DALAM PERJUANGAN MEREKA?

http://catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Kenyataannya memang ramai orang dalam UMNO yang berperangai macam mereka berdua, tetapi ramai yang dah kena reject dari UMNO kerana UMNO tidak memerlukan orang seperti mereka.

Yang peliknya bila di luar UMNO, meraka kata mereka lebih baik dari UMNO.

Aspirasi said...

dua-dua tu sama je kaki pembohong....bardr

AnakMerdeka said...

Memang betul, dua dua pihak ada yang kaki pembohong. Secara jujur, orang PAS pun ada yang baik.

Malangnya yang selalu menjadi mangsa tuduhan ialah pemimpin UMNO. Orang PAS semua selamat. Mereka boleh sorok bawah jubah dan serban. Orang lain tak nampak jenayah yang mereka lakukan.

Lagipun pemimpin mereka dah janji, masuk PAS confirm syurga ganjarannya. Logiknya buat jenayah apa sekalipun tetap masuk syurga asalkan jadi ahli PAS. Wow...

al-fakir said...

AM ckp:....Lagipun pemimpin mereka dah janji, masuk PAS confirm syurga ganjarannya...

aku tak pernah dengar ceramah begitu...melainkan ada penukaran ayat-ayat tersebut oleh musuh

ujang said...

Pembetulan : AM,bukan zahid ibrahim,tetapi ejaanya zaid ibrahim...laywer paling "bijak" di alam melayu ni...

SAHABAT-SAHABAT AM