Sunday, October 11, 2009

Sejak Bila Pembangkang Percaya Polis Bertindak Adil?


Sekurang-kurangnya tajuk dalam Harakah Daily hari ini menggambarkan yang mereka percaya bahawa polis bertindak adil dalam menjalankan tugas samada terhadap parti pemerintah dan juga parti pembangkang. Yang salah tetap salah. Selama ini mereka menuduh polis sebagai anjing kerajaan dan penerima rasuah. Segala macam cacian dilontarkan terhadap anggota polis.

Jika selama ini rakyat dihasut dengan berbagai tuduhan terhadap anggota keselamatan, hari ini, di bawah tajuk "Agen Provokasi di Halau" penulisnya menceritakan bagaimana orang yang membuat provokasi di Bagan Pinang, telah ditangkap dan 'dicampak' ke dalam kenderaan mereka sebelum dihalau pergi oleh pihak polis.

"Beberapa anggota FRU yang datang kemudian terus melemparkan tubuh pemuda-pemuda provokatir itu ke dalam kereta merah, yang dipercayai milik salah seorang daripada mereka yang terbabit.

Mereka kemudiannya diminta meninggalkan kawasan panas tersebut oleh FRU, sebelum perkara yang lebih tegang berlaku antara penyokong Isa dan Pakatan kelak." kata penulis tersebut.

Cuma satu yang mereka harus ingat, orang yang membuat provokasi, mungkin orang UMNO dan mungkin juga orang PAS dan tidak mustahil orang luar yang sengaja mahu menggagalkan pilihanraya dan melihat orang melayu berkelahi sesama mereka.

Saksi HarakahDaily dilaporkan berkata,

"Saya nampak wajah mereka saya nampak logo (Umno) pada baju merah mereka saya nampak wajah Isa pada baju mereka. Takkan penyokong PKR atau PAS pula (yang melakukan provokasi) tersebut."

Mungkin betul apa yang dilihat oleh saksi tersebut tetapi jangan lupa, orang UMNO tidak akan sesekali ingin mencemarkan nama parti mereka jika ingin membuat provokasi seperti itu. Jangan terperdaya dengan apa yang kita lihat, lantas terus membuat tanggapan.

AM teringat semasa masih bersama keADILan dulu (sekarang PKR), pemimpin-pemimpin keADILan selalu mengingatkan pengikut mereka agar berhati-hati terhadap orang yang menggunakan logo keADILan dan bertindak keterlaluan. Kemungkinan mereka adalah orang-orang yang 'diupah' untuk memburuk-burukkan nama keADILan.

Jadi, tidak mungkinkah yang memakai baju UMNO juga sebenarnya ialah 'pekerja upahan' dari parti pembangkang?

Apapun AM tahu, penyokong PAS dan penyokong UMNO tidak lah sebodoh itu. Cuma mungkin 'orang tertentu' lebih bijak menggunakan mereka untuk membuat provokasi.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM