Thursday, October 29, 2009

Kadang-kala Nik Aziz Betul, Tapi...

Semalam Nik Aziz menasihati penyokong bolasepak Kelantan agar tidak mengebarkan bendera parti semasa menonton bola, nampak macam okey pulak fikirannya. Kenyataan yang paling matang dan bertanggung jawab pernah Nik Aziz keluarkan sepanjang tahun ini.

Yang nyata ramai pengikutnya sudah meniru gaya Nik Aziz. Mereka seolah-olah tidak tahu membezakan antara sukan dan politik, apatah menjaga hati Presiden KAFA yang juga ahli UMNO. Malah mungkin ada pemain bolasepak Kelantan juga adalah ahli UMNO. Yang pasti ribuan penyokong distadium juga bukan semuanya orang PAS. Nik Aziz perlu bertanggung jawab atas apa yang berlaku, kerana selama ini dia yang mengajar pengikutnya untuk bersikap extrim.

Nik Aziz adalah antara orang yang sering melepas 'gasnya' tanpa perlu melihat ke kanan kiri terlebih dahulu. Rasanya ahli PAS sendiri yang waras boleh menilai apa yang beliau sering katakan. AM rasa Nik Aziz, tidak pernah berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Baginya apa yang dia perkatakan semuanya betul.

Dia pernah kata Allah mencarut dan kita juga boleh mencarut - secara tak langsung nak samakan manusia dengan Allah.

Yang terbaru beliau menuduh keturunan Syed adalah baka pengkhianat. Dia lupa, Timbalan Presiden parti sekutunya (PKR) juga keturunan syed. Malah mungkin beribu ahli PAS juga adalah keturunan syed. Adakah Nik Aziz terfikir untuk menjaga hati orang yang beketurunan syed yang kemungkinan juga adalah ahli-ahli PAS?

Seperti biasa, jika isu ini menjadi panas, mesti dia akan menyalahkan akhbar yang salah lapor.

12 comments:

al-fakir said...

AM berkata:...Seperti biasa, jika isu ini menjadi panas, mesti dia akan menyalahkan akhbar yang salah lapor....

Saya berceloteh: "Dia bukan Tuhan utk perfect namun...blog,akhbar,TV,Majalah...yg bnyk menulis perkara yg tidak betul tentangnya dan kalamnya....
saya nasihat tn pergi berkawan dan bermusafir dengan beliau sendiri tanpa org perantaraan...dan guna telinga anda, dan dengar sendiri dari mulut beliau...tiada tapisan dan tiada sekatan...direct...baru boleh nilai..beliau ni cakap bohong ke tak....."

kecian-kecian...mereka yg mengeringkan pahala dengan mengutuk orang yg banyak berjasa utk agama dan umat Islam....

http://catatanhamba.blogspot.com

tok janggut said...

Am...fikir dulu sbelum komen.cukupkan ilmu didada.
AM seperti memperkecilkan golongan pandai agama.Nik aziz kata tuhan mencarut....AM silalah pergi mendalami ilmu agama...sedalam dalamnya.....

'aku takut di akhir zaman nanti ramai yg tidak menghormati ulama'
Muhammad SAW

AnakMerdeka said...

Al-fakir dan tok janggut,

AM bukan jenis 'semborono'. AM pernah pergi sejauh 30km, semata-mata untuk mendengar ceramah Nik Aziz. AM bukan sefanatik penyokong PAS dan sesetengah penyokong UMNO.

AM tak pasti samada al-fakir dan tok janggut pernah mendengar ceramah Nik Aziz secara live, dengan beralaskan surat khabar di atas padang yang lembap selepas hujan.

Satu ketika (ketika ceramah politik) Nik Aziz menasihati ibu bapa menunaikan bersembahyang hajat, untuk mendoakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.

Ketika itu AM tetap kata Nik Aziz betul, kerana AM berpegang kepada paksi bahawa yang betul tetap betul, yang salah jangan sesekali kita kata betul. Serupa juga bila dia nasihatkan rakyat Kelantan jangan kibar bendera parti semasa menonton bola. Itu betul.

Dan AM tetap kata al fakir betul bila mengatakan 'dia bukan tuhan'.

Tetapi bagaimana dengan tuduhan dia (yang ucapannya AM dengar secara live - bukan tulisan dalam akhbar) bahawa tuhan juga mencarut. Jadi katanya "inikan pulok kite"...Apa maksudnya itu?

Dan ramai juga dengar kata-kata dia yang dirakam dengan video(bukan ditulis di akhbar) bahawa jika mengundi PAS maka akan masuk syurga.

Bukankah itu sudah mengambarkan bahawa dia seperti tuhan, boleh tahu siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka?

Dan untuk pengetahuan tok janggut, AM tetap menghormati dan menyanjung ulamak.

Malangnya Nik Aziz bukan ulamak. Dia hanyalah ahli politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politiknya.

Apa yang nyata ulamak seperti mufti Perak itu telah dipersendakan dan dihina sedemikian rupa oleh pengikut PAS hanya kerana dia menasihati kita semua.

Tafsiran ulamak bagi pengikut PAS hanyalah pemimpin dan orang-orang yang berada dalam parti PAS.

al-fakir said...

AM berkata:
Dan ramai juga dengar kata-kata dia yang dirakam dengan video(bukan ditulis di akhbar) bahawa jika mengundi PAS maka akan masuk syurga...

sila sent to me video tu : mohdhisham79@yahoo.com atau ke alamat 118 kg lerek tepoh, 21060 k.terengganu.

saya nk dengar sendiri..berapa kali dh dengar ceramah dia?

saya berkata begitu bukan krn saya dengar dr org tapi saya sendiri bermusafir dan melihat dn mendengar sendiri akan kalamnya...dan maksud serta pembahasannya...setakat bro dgr 1 @ 2 kali dh blh bt kesimpulan...no bro...jauh lagi...p lah duk selama seminggu je..di masjid pulau melaka...baru tahu hitam ke putih...

catatanhamba.blogspot.com

ujang said...

Tok Guru dari sidenya sebagai ulama mmg bagus...orangya sembahyang bang,pemimpin yang mengimamkan makmum..cuma agak ekstrim sikit bab mengeluarkan 'fatwa' kepada UMNO & pelbagai lagi..bab tu Tok Guru kurang diplomasi skit..keras sangat.Padahal sesama Islam sesama Melayu...apa2 hal DPR tetap hormat sama Tok Guru sebagai orang yang alim & orang yang lebih tua dari DPR..tapi sebagai pemimpin/ahli politik kurang sikit..Maaf kata kepada seluruh saudaraku ahli PAS.

AnakMerdeka said...

Betul tu Ujang.

Peliknya macam mana al-fakir tak pernah tahu dan tak pernah dengar apa yang Nik Aziz ungkapkan tu? Pernah keluar kat TV masa berita dan ada tersebar kat youtube.

Al fakir rasa selama ini AM melalak kosong ke? Ingat AM saja buat fitnah kat tok guru ke?

Rasanya al-fakir tanya dulu rakan-rakan dalam PAS, ada tak Nik Aziz cakap macam tu.

AM akan cari juga clip video ucapan Nik Aziz tu sampai dapat.

tok janggut said...

AM...cuba rujuk ahli tasauf,apa maksud tuhan mencarut.AM tau tak segalanya yg bergerakni afaal allah.p ngaji dulu Am...

maksud sokong pas masuk syurga tu tersirat...kalau kita menyokong sesuatu yg membawa kejalan allah takkan allah tak redho.

AM pergi sejauh 30 km.tp Nik Aziz pegi ngaji beribu2 km.

pikir2kan

ujang said...

kalau gitu sokong umno pun masuk syurga la...umno pun banyak berjihad ke jalan Allah S.W.T sejak 52 tahun merdeka..masaalahnya sekarang memang la membuat amal kebaikan ke jalan Allah satu yang diredhai Allah,tapi kenyataan pangkah pas masuk syurga akan menyebabkan kekeliruan.cuma DPR biasa berdebat dengan saudara ahli pas ataupun yang menyokokong pas,masalahnya saudara ku tak boleh terima pendapat kita..nak2 kalau kita sentuh mengenai Tok Guru.seperti DPR katakan, DPR hormat akan Tok Guru kerana kesederhanaan beliau,ketaantan beliau Agama...jauh panggang dari api la nak dibandingkan dengan DPR ataupun al-fakir & tok janggut sendiri..malah hajat DPR memang nak berjumpa beliau di pulau melaka nu...InsyAllah..demi semangat perpaduan sesama Islam...marilah saudaraku ahli pas agar berpolitik secara bijak & jangan lupa perjuangan tersurat tersirat untuk agama,bangsa & tanahair kita ni..DPR sayang kalian semua.

AnakMerdeka said...

Tok janggut, jangan main putar-putar dengan AM.

AM katakan AM pergi sejauh 30km untuk dengar ceramah Nik Aziz kerana sebelum itu tok janggut kata, "pergilah dengar caramah Nik Aziz sebelum menilai peribadi dia". Bila AM kata AM pernah dengar ceramah Nik Aziz, sekarang tok janggut nak bezakan pulak dengan jarak Nik Aziz mengaji. Apa ni?

Satu lagi nak beritahu, rakyat bawahan tak tahu ilmu tasauf. Ilmu agama mereka tak setinggi tok guru dan tok janggut. Nak sampaikan ilmu kepada rakyat bawahan kena guna bahasa mudah, agar mereka faham.

Jangan putar belitkan kenyataan sehingga mereka faham benda yang lain sedangkan yang nak disampaikan lain. Kalau nak kata "dalam ilmu tasauf, Allah mencarut" jelaskan kepada rakyat begitu.

Jangan kata "Allah juga mencarut jadi kita pun boleh mencarut"

al-fakir said...

AM kata:
Peliknya macam mana al-fakir tak pernah tahu dan tak pernah dengar apa yang Nik Aziz ungkapkan tu? Pernah keluar kat TV masa berita dan ada tersebar kat youtube.

Al fakir rasa selama ini AM melalak kosong ke? Ingat AM saja buat fitnah kat tok guru ke?


AM akan cari juga clip video ucapan Nik Aziz tu sampai dapat

TOLONG CARI YE DAN HANTAR YE..JIKA TAK DAPAT DAKWAAN KAMU SALAH.....SENDIRI KENA TANGGUNG..SEBAB FITNAH....
'CARI PERKATAAN TOK GURU...PANGKAH PAS MASUK SYURGA'

ajak said...

Barangsiapa merasa bagus fikiran nya, sesatlah ia dan barangsiapa merasa cukup dengan ilmunya tergelincirlah ia.Orang yang mengaku bodoh tandanya orang pandai dan orang yang mengaku pandai tandanya orang bodoh. Yang sebuta buta manusia ialah orang yang menyangka terang penglihatannya.

Tidak ada yang lebih mulia dalam tubuh manusia selain dari lidah, dengan dia terbuka gerbang pintu syurga, dan dengan lidah itu pula seorang dilemparkan kedalam neraka sebab itu jaga lah dia dengan baik kerana lidah itu adalah anjing yang setia, jangan lidah anda mengutuki seseorang sebab kutukan itu akan kembali kepada diri anda sendiri.

Vizard-sama said...

1 jer..Ad saudara sy di Kelantan xpenah tgk berita sbb dorgterlalu taksub ngn Nik Aziz..Aku bkn nk ckp ape..Org PAS nie taksub siap letak sticker gmb Nika Aziz kat Laptop,dpn Umah dkt keter..Dkt sentul nie ada 1 van cat Hijau..Bndr pas Penuh,Siap ad Muke nik Aziz lg..dorg nie taksub..ckp kite xleh paki la AM..dorg xnk dgr..yg dorg Tau Dalil dorg tu jer..xabih2..

SAHABAT-SAHABAT AM