Kumpulan yang menggelarkan mereka pejuang anti ISA akan menganjurkan demostrasi untuk mendesak kerajaan menghapuskan akta itu.
AM tidak hendak bercerita banyak tentang isu ini (kerana kurang arif), tetapi ingin bertanya kepada orang-orang ini, sejauh manakah akta tersebut memberi ancaman kepada kehidupan mereka dan orang ramai? Apa yang menyebabkan mereka beria benar hendak menghapuskan ISA? Berapa ramaikah sanak saudara dan sahabat andai mereka yang telah teraniaya oleh ISA?
Kalau setakat hendak berpolitik, menghentam kerajaan, menghina, mengutuk atau apa sahaja, tidak perlu lah takut kepada ISA, kerana tidak mungkin mereka akan ditangkap dibawah ISA semata-mata hanya kerana mengutuk dan menghina kerajaan. Paling-palingpun mungkin akan ditangkap dan didakwa atas kesalahan menghina atau menghasut. Jika mereka berhasrat untuk menghapuskan akta ISA, tuntutlah juga agar kerajaan menghapuskan akta hasutan, akta rahis rasmi dan yang seumpamanya, kerana akta itulah sebenarnya yang lebih memberi ancaman kepada mereka.
Apa yang AM takut, mereka ini sebenarnya tidak sedar yang mereka telah digunakan oleh anasir luar, yang berharap akta yang dianggap zalim ini dapat dibubarkan, agar mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka rancangkan sesuka hati, tanpa perlu takut tertangkap. Pernah juga AM terfikir, adakah kerana nama ISA itu menyerupai nama Nabi Isa, anak tuhan bagi penganut kristian, maka ada orang yang menganggap kerana ISA itu zalim, ianya seolah-olah menggambarkan Nabi Isa itu zalim? Jadi golongan ini menggunakan parti-parti pembangkang di Malaysia untuk menuntut agar ISA dihapuskan agar nama baik Nabi Isa tetap terpelihara. Harap-harap AM tersilap..
Pihak polis perlulah lebih berwaspada dengan golongan ini. Jangan beri mereka terlalu banyak ruang. Jangan terlalu memberi muka. Mereka tidak akan pernah berterima kasih jika pihak polis berlembut berlembut.
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Kemana Arah Tuju Mahad Tahfiz di Malaysia?
Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat ratusan atau ribuan mahad tahfiz di seluruh pelusuk negara.
Tahu atau tidak, kelas yang mengajar pelajar mengafal al-quran itu, kini telah dijadikan sumber ekonomi oleh orang-orang yang tidak bertanggung-jawab. Ada individu tertentu menguruskan lebih dari sebuah mahad tahfiz yang mengakibatkan kebajikan pelajar tidak dapat dijaga dengan sempurna.
Tetapi bukan itu yang AM cuba perkatakan. Apa yang menjadi kemuskilan ialah, pihak yang bertanggung-jawab mungkin telah terlepas pandang bahawa kebanyakan pelajar mahad tahfiz sepatutnya berada disekolah kebangsaan dan bersama rakan-rakan sebaya yang lain di padang bola, bukannya berada sepanjang hari di mahad untuk mengafal al-quran.
AM tidak terlalu pandai,dan rasanya tidak layak untuk membincangkan isu ini, tetapi rasanya islam tidak menuntut umatnya mempelajari al-quran sehingga meninggalkan pelajaran dunia. Malah jika alquran itu dihayati sepenuhnya, Allah menuntut hambanya untuk mengejar kekayaan dunia selain tidak meninggalkan suruhan Iahi.
Jadi jika kanak-kanak dikerah untuk hanya mempelajari al-quran, bagaimana dengan masa depannya nanti? Adakah cukup dengan mengafal al-quran tanpa perlu mencari rezki untuk menyara hidup diri dan keluarga mereka?

Nilai Sebuah Nyawa...
Beberapa bulan yang lalu, seorang pelajar UKM dijumpai mati di kawasan tempat letak kereta appartment penginapannya. Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar lelaki UM dijumpai mati dipercayai terjatuh dari bangunan setinggi 16 tingkat.
AM menunggu kalau-kalau ada reaksi dari pemimpin masyarakat atau ahli politik berkenaan kematian itu. Tapi nampaknya Teo Beng Hock lebih bernasib baik kerana kematiannya diratapi oleh ribuan orang, dan ribuan lagi menuntut bela atas kematiannya itu.
Nampaknya nyawa dua pelajar ini tidak begitu menilai sangat bagi kita. Kerana kematiannya tidak memberi apa apa keuntungan politik kepada kita. Pelajar ini, yang mengalas harapan tinggi ibubapa, untuk menjadi insan berguna pada masa hadapan, terpaksa memilih untuk mati dari menyambung pembelajarannya.
Persoalannya apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini? Atau adalah sebab-sebab lain seperti pertelingkahan sesama rakan atau tekanan pembelajaran yang tidak mampu ditanggung atau masalah kewangan yang membebankan mereka?
Tidakkah kita perlu juga menuntut satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat punca kematian mereka?

Wednesday, July 29, 2009
Natrah dalam pespektif Melayu dan Islam..
Itulah tajuk perbahasan dalam rancangan Hujah di tv7 malam tadi.
Ramai orang dah tahu cerita Natrah jadi tak perlulah diceritakan lagi. Bagi yang tak tahu, pergilah cari di mana-mana bahan rujukan.
Apa yang AM ingin perkatakan di sini ialah bagaimana orang Melayu ketika itu, bukan sahaja dalam kes Natrah, malah dalam apa sahaja bidang, sanggup bergolok bergadai, bersengseng lengan bersatu hati dan tenaga demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam.
Apa yang menariknya antara tokoh yang menjadi pengerak demostrasi di Singapura itu ialah Burhanuddin Helmi, antara orang yang menjadi pengasas PAS yang ada sekarang ini. AM tak yakin kalau Natrah atau ibu angkatnya Aminah atau suaminya adalah ahli PAS. Tetapi demi maruah orang melayu yang dicabar dan agama Islam yang dihina, orang melayu ketika itu tanpa mengira fahaman politik sanggup bersatu.
Malangnya cerita Natrah hanyalah tinggal sejarah. Apa yang berlaku sekarang, orang melayu berpecah belah disebabkan fahaman politik yang berbeza. Orang melayu sekarang sanggup menuduh saudara seagamanya sebagai kafir. Malah jika rajin melayari internet dan membaca blog pro parti pembangkang, mereka dengan rasa bangga menggelarkan orang melayu lain sebagai anjing, babi, syaitan dan bermacam lagi gelaran,semata-mata kerana marah kepada parti politik tertentu.
Orang melayu sekarang lebih sanggup bersekongkol dengan bangsa lain, menghina raja melayu, orang melayu dan secara tak langsung (menyedari atau tanpa sedari) menghina agama islam, semata-mata kerana kuasa dan ketaksuban kepada pemimpin tertentu.
Pemimpin-pemimpin melayu yang rata-ratanya dah tua bangka, secara tidak langsung telah mengajar golongan muda agar bersikap biadab kurang-ajar dan mengajar orang muda untuk derhaka kepada pemimpin.
Akan adakah lagi kisah Natrah di negara ini?

Kongsi Gelap.. Samseng Taik Kucing dalam parti politik
Kisah kongsi gelap menggunakan ahli politik dan parti politik sebagai payung tempat berteduh, bukanlah perkara baru. Rasanya ramai yang dah tahu cuma buat-buat terkejut bila mendengar berita berkenaan kongsi gelap yang bermaharajalela di dalam parti politik tertentu.
Kisah dimana calon parti politik ditaja oleh ahli kumpulan kongsi gelap, dan dijanjikan jawatan ahli majlis PBT jika calon berkenaan memenangi pilihanraya, sudah lama diketahui oleh rakyat bawahan.
Sebenarnya parti politik seperti DAP, PAS mahupun UMNO tidak boleh dipersalahkan. Sebaliknya orang-orang tertentu yang mengelinap masuk ke dalam parti politik, menumpang tuah pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti politik berkenaan untuk meluaskan pengaruh dan kuasa mereka.
Dalam parti PAS sendiri (yang tunjang perjuangannya adalah Islam) terlalu ramai orang jenis ini yang telah berjaya bertapak. Sebab itu saban hari kita melihat tindak tanduk orang yang kononnya ahli parti PAS, tetapi bertindak mengalahkan setan mata satu. Memaki hamun, mengkeji, menghina, mencarut...sebut apa sahaja, telah menjadi budaya mereka. Waimah merka sanggup menggunakan kekerasan jika terpaksa, sedangkan terang-terang Islam melarang kekerasan dan menggalakkan umatnya sentiasa bersabar dan berserah.
Apapun kita tidak pernah menyalahkan parti PAS kerana perbuatan ahlinya itu, walaupun pemimpin dan pengikut parti pembangkang kerap melebal UMNO sebagai parti korapsi hanya kerana beberapa pemimpinnya korap, dan menuduh UMNO kafir hanya kerana mengambil contoh sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yang nampak lebih sosial, tidak ada janggut dan tidak berserban.

Tuesday, July 28, 2009
Kan AKU Dah Kata...
Beberapa hari lalu AM ada tulis berkenaan pemimpin UMNO yang dah macam desperate. Tak pernah serik dan tak pernah tahu erti belajar dari kesilapan. Sedikit sahaja Nik Aziz buat kenyataan akhbar, cepat-cepat pemimpin UMNO beria berharap agar perpaduan antara PAS dan UMNO jadi kenyataan. Kalau benar Nik Aziz sayangkan umat melayu dan agama islam, cadangan Hadi Awang hari itu tidak ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz.
Tak sampai 24 jam, dalam kenyataan akhbar semalam:-
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.
"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'."Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi."Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.
Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".
Udah-udahlah. Buat kerja...jangan bermimpi lagi wahai pemimpin UMNO. Pedulikan dengan karenah Nik Aziz dan juak-juaknya. Buatlah kerja untuk rakyat. Rakyat perlukan pembelaan dan bukannya rektorik.

Monday, July 27, 2009
Fatihah Untuk Yasmin Ahmad
Al Fatihah....
AM tidak mengenali beliau secara peribadi (walaupun dapat tahu bahawa arwah berasal dari Johor gak...satu kampung ek..)
Karyanya tidak mengerjar publisiti. Dan dia tidak mengejar glamor macam orang lain, tetapi banyak karyanya telah diterima dinegara luar walaupun kadang-kala seperti dianak-tirikan dinegara sendiri.
Filem Sepet arahannya banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. Yang telah menonton filem itu mesti tahu jalan ceritanya. Dia menyelitkan kehidupkan sebenar rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tak perlu berlatar belakangkan banglow 3 tingkat dan kereta mewah.
Aku tak pasti kenapa filemnya lebih diterima diluar negara berbanding dengan di negara sendiri.
Ada orang bercerita berkenaan peribadinya. Tetapi AM tidak peduli. Bagi AM Yasmin adalah seumpama lebah yang berbisa, tetapi tetap meninggalkan madu untuk santapan semua...

Tindakan Orang-orang Yang Kecewa..
Minggu lepas Chua Jui Meng sertai PKR, dua hari lepas bekas naib presiden MIC S Subramaniam pula sertai PKR. Tak hairan jika dua tiga hari lagi nanti ramai lagi orang yang akan menyertai PKR.
Sebilangan orang mungkin merasakan PKR telah mendapat sambutan dari masyarakat. Sebaliknya AM mempunyai pandangan sendiri. Mereka yang menyertai PKR adalah orang-orang yang kecewa. Untuk meluahkan kekecewaannya mereka sanggup meninggalkan perjuangan parti untuk menyertai pembangkang.
Jangan terkejut, bila keputusan ROS berkenaan siapa yang berhak memegang jawatan Presiden PPP memihak kepada V Murutia (betul ke nama dia?) maka M Kavias juga akan menyertai PKR. Tengok je la nanti. Dan yang sedang AM perhatikan sekarang ialah Timbalan Presiden MCM, Chua Soi Lek. Jika dia terus tertekan, dia juga akan seberang menyertai PKR.
Ada dua kesimpulan yang AM ingin perkatakan. Pertamanya malanglah sungguh pengikut-pengikut dan penyokong PKR nanti bila majoriti pemimpin mereka adalah orang yang kecewa. Sudah pasti mereka bekehendakan sesuatu yang lebih berbanding ketika mereka berada dalam parti lama.
Keduanya, AM merasakan orang-orang ini ada agenda tersembunyi. Mereka merasakan PKR telah cukup kuat dan diterima masyarakat. Kerana merasakan PKR mengamalkan kesama-rataan, peluang mereka untuk 'naik' adalah terbuka luas. Dalam PKR, impian dan cita-cita peribadi mereka akan dengan mudah tercapai jika ditakdirkan PKR dapat memerintah negara.
Bayangkanlah bila orang-orang yang kecewa di beri kuasa. Apa akan terjadi kepada Malaysia jika mereka diberi peluang untuk mentadbir?

Pemimpin UMNO Jangan Terlena Lama Sangat
Nampaknya pemimpin UMNO tidak serik-serik dengan permainan politik pihak pembangkang.
Hari itu bila Haji Hadi memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, nampaknya pemimpin UMNO saja yang berlebih-lebih semangat. Macam desperate sangat. Akhirnya hasrat tak kesampaian.
Baru-baru ini Nik Aziz meluahkan lagi hasrat untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Ianya disambut begitau baik oleh naib-naib persiden UMNO.
AM nasihatkan pemimpin UMNO jangan macam gila talak. Jangan buang masa dengan kerja-kerja yang tak pasti kesudahannya. Banyak lagi kerja yang wajib mereka laksanakan, bukannya melayan karenah orang-orang yang sentiasa bermain-main dengan emosi rakyat.
Jangan terlena lama sangat. Kalau benar niat kedua-dua pihak ikhlas dan mendapat keredaan Allah, mnaka akan terlaksanalah perpaduan. Jika tidak, biar sahaja kita terus berpecah belah. Siapa peduli?

Sunday, July 26, 2009
Selesaikah masalah dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja?
Sebenarnya bila pemimpin-pemimpin pembangkang menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian TBH, AM berbelah bagi, setuju dan tak setuju.
Setuju kerana keadilan mesti dicari terutama untuk TBH dan keluarganya. Lebih dari itu untuk memuaskan hati rakyat Malaysia, tak kira mereka penyokong kerajaan atau penyokong PR. Lalu ada penulis blog yang awal-awal lagi menulis bahawa hanya UMNO sahaja yang menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja.
AM tidak setuju Suruhanjaya Diraja ditubuhakan kerana seperti yang banyak kali AM katakan kepada kawan-kawan, jika diturunkan malaikat sekalipun untuk menyiasat, dan jika akhirnya keputusannya tidak menyebelahi pembangkang, mereka akan tetap kata malaikat telah dipergunakan oleh UMNO.
Hari ini AM terbaca dalam akhbar Harakah (sila rujuk) si muka tebal, Datuk Zahid Ibrahim mempertikaikan penubuhan Suruhanjaya itu. Dia kata, .."seolah-olah dengan penubuhan Suruhanjaya itu, semua persoalan akan selesai.."
Jadi apa sebenarnya yang mereka hendak? Sebenarnya mereka bukan hendakkan kebenaran sebaliknya yang mereka mahukan ialah publisiti untuk kepentingan politik. Sebab itu Zahid Ibrahim kata, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah itu ialah dengan menukar kerajaan BN dengan kerajaan PR.
Pelik juga, bagaimana orang seperti dia boleh dapat jadai peguam. Dan yang lebih penting bagai mana orang seperti dia masih boleh diterima oleh masyarakat untuk menjadi pemimpin? AM rasa Zahid ini bukan sahaja tidak memegang kepada undang-undang demokrasi, entah-entah undang-undang islam pun dia tolak ketepi.

Saturday, July 25, 2009
Doa Untuk Adun Galas...
Antara banyak-banyak penyakit, AM sungguh tersentuh hati bila mendengar ada orang mengidap barah. Tidak seperti panyakit lain (yang juga boleh membawa maut) tetapi pesakit yang mengidap penyakit barah boleh mengira hari saat kematiannya, walaupun ajal maut itu adalah kerja Allah.
AM rasa terharu dan simpati bila membaca berita ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman mengidap barah dan terpaksa dirawat di luar negara.
Sebagai manusia, pemimpin dan apatah lagi, dia adalah saudara seagama, AM secara peribadi mendoakan agar beliau tabah menghadapi dugaan Allah dan moga akan cepat sembuh.
Semoga tidak ada yang berdoa agar sesuatu berlaku, dan pilihanraya kecil diadakan di Galas.

PR guna satu lambang?
AM sendiri tak merasakannya sebagai isu menarik bila Azmin Ali mengatakan bahawa PR akan menggunakan satu lambang seperti BN untuk menghadapi pilihanraya ke-13.
Bila Dato Razali Ibrahim, mengulas dalam Sinar Harian hari ini, baru AM terfikir untuk menulis berkenaan isu itu.
Bila PR didaftarkan, tentu barisan kepimpinan tertinggi parti itu nanti akan diisi oleh orang-orang yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara, jika ditakdirkan mereka memenangi pilihanraya ke-13.
AM andaikan hanya DSAI sahaja yang layak untuk menjadi Pengerusi PR. Tidak mungkin sama sekali Lim Guan Eng atau Haji Hadi Awang. Lantas bolehkan PAS dan DAP berketuakan pemimpin PKR sepertimana parti-parti komponen BN mengiktiraf pemimpin UMNO sebagai pengerusi BN?
Jika mereka boleh menerima Anwar, bolehkah juga mereka menerima Syed Hussein Ali sebagai Timbalan Pengerusi PR yang secara otomatik akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah? Perlu diingat, Syed Hussein bukanlah seorang ahli parlimen.
Lantas dimanakah kedudukan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP? Adakah mereka bersedia untuk menjadi ahli majlis tertinggi PR dan seterusnya hanya memegang jawatan menteri dan timbalan menteri sahaja?
Atau, adakah penyokong-penyokong PAS dan PKR bersedia menerima Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri dari kalangan bukan melayu pertama di negara ini?

Yang Pelik Di Sungai Pelik
AM sungguh pelik bila membaca blog t4tbh. Jika benar, maka sungguh hebat orang itu, sehingga sanggup menipu kerajaan negeri (ketika itu kerajaan BN) sedangkan dalam masa yang sama pihak pembangkang tidak henti-henti menuduh pihak kerajaan salah guna kuasa, makan duit rakyat dan macam-macam perbuatan keji.
Yang pelik lagi, kenapa tiada ADUN dari BN yang boleh menghidu salah guna kuasa ADUN DAP tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa, sedangkan bila Khalid Ibrahim ubahsuai kereta induvidu yang tak seberapa ringgit itu pun orang boleh tahu.
Yang peliknya lagi, ketika pembangkang mendakwa kebajikan ADUN pembangkang diabaikan, adakah menteri besar ketika itu tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan ADUN berkenaan?
Apapun, itulah sikap sebenar parti pembangkang. Diketika mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, mengutuk dan menghina BN (terutamanya UMNO), pekong didada mereka didedahkan sendiri oleh ahlinya.
AM tertarik dengan dua perenggan ini:
This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.
But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.
Perbezaan antara orang UMNO dan Pembangkang, orang UMNO cari keuntungan setelah membuat kerja, tetapi Pembangkang sentiasa mencari keuntungan sebelum membuat apa-apa kerja.

Perbicaraan Ditangguh Lagi
Setelah sekian kalinya, perbicaraan kes liwat DSAI ditangguh lagi.
Kita hendak kedua-dua pihak mendapat keadilan. Jika benar Anwar teraniaya maka hukumlah orang yang menganiaya. Jika benar Anwar bersalah, maka hukum lah dia.
Diketika mahkamah sering dituding sebagai kuda tunggangan kerajaan, tidak bolehkah kerajaan mengarahkan agar perbicaraan tersebut dipercepatkan?
Ini kes berat. Kes melibatkan maruah orang. Kes melibatkan kepercayaan orang ramai. Dan yang paling penting kes ini telah menyebabkan rakyat Malaysia berpecah belah. Kenapa segala permohonan itu dan ini oleh pihak pendakwa dan pembela tidak dilakukan sejak kes itu disebut di Mahkamah tahun lepas. Kenapa dah dekat dekat nak bicara baru mula menuntut macam-macam?
Sampai bila nak tangguh-tangguh? Kes telah berlanjutan selama setahun lebih. Jika pada peringkat awal mahkamah merasakan pihak pendakwa dan pembela belum bersedia dari segala sudut, maka tetapkan terus perbicaraan pada 2 September. Kenapa perlu 24 Julai, dan akhirnya ditangguhkan lagi kepada 2 September. AM tak yakin bahawa 2 September itu menjadi tarikh penentu. Mesti ada penangguhan lagi.
Akhirnya bila salah seorang meninggal dunia, sebutan kes tak ada gunanya lagi. Lebih dari itu, tempoh yanbg panjang itu akan menyebabkan perpecahan antara rakyat menjadi bertambah parah.

Friday, July 24, 2009
Apa cerita?
Sana-sini orang kata, UMNO dan BN menggunakan harta dan instrument kerajaan untuk kepentingan politik.
Tapi kalau hendak kata badan-badan kerajaan seperti polis, SPRM, badan kehakiman dan seumapamanya digunakan oleh kerajaan, rasanya tidak betul, kerana satu demi satu orang kerajaan dan orang UMNO juga tidak terlepas dari dikenakan tindakan.
Berbalik kepada harta kerajaan yang digunakan oleh parti politik, aku rasa siapa sahaja yang perintah, perkara itu tetap berlaku.
Di selangor, kerajaan negeri secara terang-terang menggunakan majlis perbandaran untuk menjayakan matlamat mereka. Bukan sahaja dewan-dewan, malah 'car wash' yang dikenal pasti kepunyaan orang UMNO telah dirampas. Alasan yang diberi ialah kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tempat mencuci kereta. Malangnya, keesokan harinya, ditempat yang sama, perniagaan yang sama (car wash) tetapi kepunyaan pemuda PKR telah didirikan. Apa carita?
Mereka rampas dewan kerana tidak mahu bangunan yang didirkan ditanah kerajaan digunakan untuk kegiatan politik, tetapi dalam masa yang sama mereka membenarkan PAS menggunakan stadium malawati sebagai tempat muktamar tahunan. Apa cerita?

Benang Yang Basah Jangan Ditegakkan...
Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim kata:
...amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.
"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.
"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.
"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.
======>>
AM tidak tahu samada Khalil Idham Lim itu ADUN PKR atau ADUN PAS. Apapun, itulah persepsi dia tentang lilin. Kalau dia ADUN PKR, AM tak terkejut sangat, tetapi kalau dia ADUN PAS, AM harap pemikiran dia tidak mewakili pemikiran keseluruhan ADUN PAS dan pemikiran pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.
Rupa-rupanya dalam PAS ada juga orang yang menganggap meniup lilin ketika sambut harijadi itu dibenarkan dalam islam.
Wahai Idham, jika budaya itu tidak mencalarkan akidah memang boleh, seperti menziarahi mereka ketika perayaan tahun baru cina atau deepavali. Kalau dah sampai pegang lilin dan bertafakur, budaya apa namanya?

Jawapan Tentang Hukum Islam Berbeza Mengikut Keadaan - Nik Aziz
Memang menggelikan hati. Orang yang terbuka fikiran, tak kira orang UMNO atau PAS, waimah orang PKR (malah orang kafir yang faham sedikit sebanyak tentang islam) pasti akan tersenyum dengar ulasan Nik Aziz berkenaan kes Nizar pegang lilin.
Malangnya yang mencabar dia keluarkan fatwa adalah Dr Zambri, MB Perak, orang yang memang paling PAS anti disaat ini. Wartawan pun silap gak. Sepatutnya mereka hanya minta Nik Aziz keluar fatwa. Jangan suruh dia ulas cabaran Dr Zambri.
Maka Tok Guru Nik Aziz jawab "sebab dia orang politik, maka saya kena jawab cara politik"..
Agaknya kalau budak sekolah rendah tanya dia, dia akan jawab "sebab yang tanya adalah budak sekolah, maka saya akan jawab secara budak sekolah"
Cuma yang AM takut, jika yang tanya itu adalah orang jahil yang memang hendak tahu, maka dia akan jawab "sebab yang tanya itu adalah orang jahil, maka saya akan jawab macam orang jahil"..
Sebab itu sejak dulu AM berpendirian, ulamak memang tidak sesuai berpolitik. Jika ulamak mula berpolitik, habis hukum-hukum tuhan diletak dibawah tapak kaki mereka.

Thursday, July 23, 2009
Perihal ISA Dan Undang-Undang Di Malaysia
Bila sebut ISA rasanya rata-rata orang yang bercerita tentangnya sekarang ini tidak tahu sejarah penubuhan ISA.
Bila AM ajukan pertanyaan tentang ISA kepada orang-orang lama, mereka kata sebenarnya ISA ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei. Ia memberi kuasa penuh kepada menteri dalam negeri untuk menahan individu yang mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya kalau itung-itung sejak dulu, kakitangan kerajaan, pemimpin kerajaan dan orang melayu yang paling ramai kena tahan. Dulu masa Asri Al-Arqam kena tahan, masa pengikut Al-Maunah kena tahan, tak ramai pun orang yang menentang dan meminta ISA dimansuhkan. Tak faham kenapa baru sekarang ISA itu seperti menjadi satu ancaman yang maha dahsyat kepada orang-orang tertentu.
Begitu juga dengan undang-undang Malaysia. Sebenarnya kalau kira, orang UMNO dan BN lebih ramai yang kena tahan kerana didapati bersalah berbanding pemimpin pemimpin parti pembangkang. Kisah Datuk Harun yang dipenjara kerana rasuah, kisah Datuk Mokhtar Hashim yang kena penjara kerana terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Taha, kisah menteri-menteri BN dan wakil rakyat UMNO terkantoi kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, tidak pernah terlepas dari undang-undang. Anwar Ibrahim juga asalnya adalah pemimpin UMNO. Orang-orang PAS ketika itu menjaja kesana kemari perihal salah laku Anwar Ibrahim.
Seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, Anwar Ibrahim tidak terlepas dari tindakan undang-undang. Lantas beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.
Beza antara Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, yang juga telah menerima padah atas kesalahannya ialah, pemimpin lain itu akur dengan undang-undang tetapi Anwar Ibrahim terlalu pandai berhujah untuk mempolitikkan undang-undang. Sebab itu, sampai sekarangpun AM tetap berpendapat, selain Bung Karno Indonesia, tiada orang di Nusantara ini sehebat Anwar berpidato. Dia hebat kerana pidatonya. Rami yang cair. Ramai yang percaya dia mangsa konsprasi.
Ramai orang yang siang malam kata pemimpin UMNO rasuah. Tetapi sejauh manakah mereka yakin bahawa orang yang dituduh itu (kalau benar mereka rasuah) tidak mempunyai kepintaran serupa Anwar dan tidak bertindak seperti tindakan yang Anwar lakukan?
Yang terakhir, yang buat AM terlalu kecewa dengan PAS ialah, mereka terlalu pandai mengambil kesempatan. Bila Anwar dalam UMNO, mereka tak henti-henti hentam Anwar. Tanyalah Mat Sabu, dia tahu segala-galany. Malangnya bila Anwar telah didapati bersalah, mereka bukan sahaja berlumba-lumba menyambut tangan Anwar malah bersama-sama dengan Anwar menghentam UMNO.

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas
Sumber : Utusan Malaysia
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
AM : Tetap tunggu amanat Tok Guru Nik Aziz

Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan
Akhirnya suruhanjaya diraja, yang AM tak tahu sangat fungsinya, ditubuhkan oleh kerajaan.
Orang-orang yang hendak sangat suruhanjaya itu ditubuhkan sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan.
Tapi AM masih musykil, sejauh manakah nanti puak-puak itu mempercayai segala keputusan suruhanjaya diraja itu?
Tidakkah nanti ada suara yang mengatakan "ahh suruhanjaya diraja telah diperalatkan oleh kerajaan"
Harap-harap lepas ini mereka tidak mendesak agar kerajaan memanggil malaikat Izrail untuk siasat punca kematian Beng Hock.

Wednesday, July 22, 2009
Pantun Orang PKR
Masuk blog sana blog sini, AM terjumpa satu pantun yang ditulis oleh penyokong PKR. Marilah sama sama kita nilai apa yang tersirat...
Jiran kita indonesia
Dalam sungai banyak buaya,
kalau betul nak 1 malaysia
Tangkap dulu pembunuh altantuya.
AM : SEBENARNYA PEMBUNUHNYA DAH DITANGKAP DAN DIHUKUM. MALANGNYA APA YANG ADA DALAM FIKIRAN DIA, PEMBUNUH YANG SEBENAR IALAH DATUK SERI NAJIB. DIA TAK TULIS MACAM TU, TAPI ITULAH YANG ADA DALAM KEPALA ORANG-ORANG INI.
Orang malaysia orang indonesia
Jiran jamil nama ahok
Kalau betul nak 1 malaysia
tangkap cepat pembunuh beng hock
AM : SIASATAN SEDANG DIJALANKAN, TUNGGU LAH. SIAPA YANG NAK DITANGKAP KALAU BELUM HABIS SIASAT.
Banyak sunguh pekerja indonesia
silap termakan nasi basi
Kalau betul nak 1 malaysia
pecat semua anggota macc
AM : APASAL LAK NAK PECAT?
Di bukit bintang banyak bohsia
Lepak makan najib terberak
kalau betul nak 1 malaysia
bubarkan segera dun perak
AM : SAMA GAK, KENAPA NAK BUBAR KERAJAAN YANG SAH?
Kecik-kecik jadi bohsia
bangsa melayu pangkat bawah
kalau betul nak 1 malaysia
tangkap semua pemimpin umno rasuah
AM : PEMIMPIN UMNO RAMAI YANG DAH PERNAH TERTANGKAP ATAS BERBAGAI KESALAHAN. MALANGNYA BILA KENA HUKUM DAN KENA PECAT DARI UMNO, ORANG PAS PAKAT-PAKAT SEDIAKAN KARPET MERAH. ATAUPUN TUBUH PARTI BARU. LEPAS ITU PEMIMPIN ITU DIJULANG TAK INGAT. HILANG SEGALA DOSA MASA DIA DALAM UMNO. YANG DILAUNGKAN IALAH.."ITULAH KONSPRASI UMNO"
Pembantu rumah orang indonesia
suka makan mee segera
kalau betul nak 1 malaysia
lebih baik letak jawatan segera
AM : NAK SURUH NAJIB LETAK JAWATAN DAN GANTI DENGAN ANWAR KUT.
(TERSENYUM PANJANG AM BACA PANTUN NI....)

Beng Hock Dan Sebatang Lilin...
Sana sini orang bercerita tentang kematian Beng Hock. Samada di pihak yang pro kerajaan atau pihak yang anti kerajaan BN.
Rata-rata mahukan penyisatan secara menyeluruh dan telus dijalankan. Malah menteri dalam negeri juga berjanji untuk memantau sendiri penyiasatan tentang punca kematian Beng Hock.
Malangnya ada satu pihak, yang awal-awal lagi membuat tuduhan. Ada yang awal-awal lagi menuduh kerajaan tidak telus dan adanya penyembunyain fakta. Malah ada yang sanggup memutar belitkan hukum, semata-mata nak tunjuk dia lah pejuang umat.
Tak pasal-pasal antara orang melayu sendiri bertelagah. Apa tidaknya, ada yang sanggup bertafakur dengan memegang lilin. Ada yang pegang lilin tanda protes atas kematian Beng Hock. Satu pihak kata perbuatan itu salah disisi agama manakala satu pihak lagi kata ianya dibolehkan.
Apapun, nak siasat kes serious macam tu bukan boleh buat sambil lewa. Bukan boleh buat sekelip mata. Kita kena faham, nak siasat orang curi ayam pun bukan boleh main tuduh-tuduh. Tak kan hari ini siasat, hari ini boleh tahu jawapan?
Jadi untuk pastikan siasatan berjalan dengan telus dan tanpa gangguan, biarkanlah pihak polis menyiasat. Lainlah kalau dalam otak kita dah set, tak percaya polis, tak percaya undang-undang. Kalau macam tu susahlah...

Hussam Musa Kata Pegang Lilin Tak Salah?
Hussam Musa dilaporkan berkata, tak salah memegang lilin sebagai tanda protes.
Mana Hussam belajar yang pegang lilin untuk protes itu dibenarkan? Yang cerdiknya, dia tak cakap "dalam islam tak salah memegang lilin tanda protes". Dia cuma cakap tak salah. Malangnya ramai orang tak dapat membezakan cakap orang politik dengan cakap berbentuk ilmiah.
Memang tak salah kalau pegang saja-saja. Memang tak salah kalau untuk dinyalakan sebab 'blackout' kat rumah. Serupa juga minum arak tak salah, berjudi tak salah.. Yang salah adalah mengikut ajaran islam.
Jadi pilihlah sendiri, yang mana mahu diikut.
AM menunggu sangat komen dari Tuan Guru Nik Abd Aziz...
Tuesday, July 21, 2009
Antara Seniman Dan Ulamak
Nampaknya ada yang marah bila AM bagi pendapat tentang peranan seniman yang AM tulis dalam blog Pyanhabib. Penyokong Pyan la tu kut. Jgn risau AM pun peminat Pyanhabib sejak sekian lama.
Cuma AM ingin tegaskan, seniman berperanan seperti juga ulamak. Bezanya seniman mendidik dan mengkritik menggunakan pena, manakala ulamak berperanan mendidik dengan menggunakan hukum tuhan. Tidak perlu memilih siapa yang harus dikritik dan siapa yang harus dinasihati.
Mereka ini tidak boleh bias. Mereka tidak boleh memihak kepada golongan atau parti politik tertentu. Jika ingin berpolitik, masuklah mana mana parti politik, dan berjuanglah atas pentas politik.

Monday, July 20, 2009
Suruhanjaya Diraja?
Secara jujur, AM tidak berapa faham tentang fungsi dan peranan Suruhanjaya Diraja. Apa bezanya badan itu dengan badan penyiasat yang lain? Sejauh mana kebebasannya? Jika ianya ditubuhkan oleh pihak kerajaan, sejauh mana pula pihak kerajaan tidak akan dikaitkan dengan segala keputusan suruhanjaya diraja itu?
Husam Musa dalam akhbar Harakah berkata... "Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.
"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.
Kalau benarlah Suruhanjaya Diraja itulah satu-satunya badan yang boleh dipercayai oleh sema pihak, AM harap sangat kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu dengan kadar paling segera.
Lagi cepat keputusan dibuat, lebih cepat kecelaruan dapat dihentikan.

Sunday, July 19, 2009
Kalau lah Beng Hock boleh berbicara semula....
Malam tadi masa lepak di kedai mapley Cheras, AM mendengar orang bercerita pasal Beng Hock. Ingatkan dia orang bercerita pasal kekalahan tipis pasukan bolasepak Malaysia ditangan MU, rupanya cerita Beng Hock lebih hangat. Tengahari tadi bila makan ikan bakar di Pandan Indah, orang bercerita pasal Beng Hock juga. Nampaknya dasar Perdana Menteri dengan selogan Satu Malaysia cukup berkesan. Rata-rata yang bercerita pasal Beng Hock adalah orang melayu. Mereka cukup simpati walaupun berlainan bangsa. Syabas.
Tapi sampai hari ini AM masih cuba cari andaian sendiri tentang kematian Beng Hock yang katanya jatuh dari tingkat 14. Jatuh di tingkat 5, bermaksud ketinggiannya 9 tingkat. Hanya Beng Hock sahaja yang boleh bercerita.
Mungkin gambar yang disiarkan di akhbar kurang jelas kerana diambil dari jarak jauh, tetapi ada blog yang tunjuk darah dipergelangan tangan mendiang (konon Beng Hock bunuh diri dengan menghiris pergelangan tangannya) Tetapi AM tak nampak satupun gambar yang menunjukkan darah dari kepala yang sepatutnya mengalir dan boleh dilihat dengan jelas.
AM pernah lihat gambar orang yang jatuh dari tingkat 5 bangunan, sungguh mengerikan. Kepalanya pecah dan darah melimpah seperti darah lembu korban baru disembelih, tetapi kita tak nampakpun darah pada mayat Beng Hock. Yang kita nampak, seluar jeans (kalau tak silap) yang dipakai oleh Beng Hock telah koyak di bahagian belakang. Kalau dia jatuh dalam keadaan terkangkang (yang menyebabkan seluarnya koyak) tidak mungkin mayatnya terbaring dalam keadaan elok, seperti orang sedang tidur.
Satu lagi, AM pernah kerja di bangunan tinggi, dan pernah pergi ke bangunan tinggi setinggi menara Petronas. Seingat AM, tidak ada tingkap bangunan tinggi yang boleh dibuka dengan luas. Kalau ada pun tingkap (kerana kebanyakan bangunan tinggi cuma ada cermin) biasanya tingkap boleh dibuka sedikit sahaja, setakat boleh keluarkan tangan. Tak tahulah kalau ada bangunan tinggi, yang mempunyai tingkap yang boleh dibuka dengan luas sehingga orang boleh keluar melaluinya. Jika benar tangapan AM, macam mana Beng Hock boleh terjun (atau ditolak, atau dicampak) dari tingkap setinggi 14 tingkat? Lainlah di Flat. Kalau duduk di flat, jangan kata nak campak orang, malah nak campak katil, almari, peti sejuk atau apa sahaja, semuanya boleh.
Bukan senang oii hendak menolak (mencampak) orang melalui tingkap. Kalau tolak dari bumbung atau beranda rasa lebih mudah. Apapun mesti ada jawapan kepada persoalan ini. Diharap pihak polis dapat menyiasat dengan cara profesional dan mendapatkan jawapan sebab kematian Beng Hock itu.

Syabas Malaysia XI
Kalah 2 - 3 kepada Manchester United, bukan sahaja ok, tetapi ok sangat.
Walaupun ramai gak suara sumbang yang kata, kita kalah tipis kerana MU tak tunjukkan 100% kekuatannya. Kenyataannya kalau Malaysia memang tak bagus, mesti kena lebih teruk. Sebaliknya kita hampir sahaja seri 2-2, kalau tak kerana nasib tu, MU boleh malu gak.
Apapun, pada keseluruhannya Malaysia masuh terlalu jauh dari baik, sebaik pasukan pada tahun 1970an, dimana Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Ann dan Santok Singh menjadi tonggak utamanya. Tak lupa gak Mr Spiderman Malaysia, V Aaramugam sebagai penjaga gawang.
Harap-harap pasukan Malaysia dapat menutup mulut orang yang memandang sinis dengan menunjukkan permainan yang lebih baik bila kita bertemu semula MU untuk kali kedua isnin ini. Sama-samalah kita saksikan.

Friday, July 17, 2009
SPRM Perlu Lebih Bertanggungjawab
Satu-satunya kesalahan besar SPRM terhadap kematian Teo Beng Hock, saksi siasatan mereka ialah membiarkan Beng Hock terus berada di bangunan SPRM, tanpa ada usaha untuk menjaganya, atau menghantarnya pulang selepas disoal siasat.
Sememangnya tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pegawai SPRM menghantar kembali saksi yang dipanggil, pulang ke rumah selepas disoal siasat. Tetapi tiadakah budi bicara, memandangkan ketika itu telah pukul 3 pagi, untuk menghantar Teo Beng Hock pulang kerumah?
Kadang kala, kelalaian sedikit sahaja,boleh membawa risiko yang terlalu besar. Sekarang SPRM terpaksa membuktikan kepada rakyat bahawa kematian Teo Beng Hock adalah atas perbuatan sendiri, dan bukannya angkara pihak ketiga seperti yang disangka oleh pihak-pihak tertentu.
Mungkin SPRM perlu menayangkan semula rakaman dari camera tertutup ruang legar di SPRM dimana mendiang kelihatan berehat disitu sebelum dijumpai mati, agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Jangan pula hendaknya nanti kita dengar, ada masalah taknikal pada camera, atau camera tidak berfungasi..

Peguam Kanan Tarik Diri?
Apakah sebab utama peguam kanan, Sulaiman Abdullah menarik diri dari mengetuai barisan peguam DSAI? Adakah 'sakit kepala' yang beliau hidapi sejak minggu lalu tidah sembuh2?
Atau adakah sebab lain?
Marilah sekali lagi kita gunakan otak kita untuk berfikir secara rasional. Jangan guna hati.

Kes Kematian Saksi SPRM - Biarkan Otak Kita Berperanan
Agak-agaknya apa lah sebab kematian saksi SPRM semalam tu?
Kalau baca di blog-blog pro pembangkang, rata-rata menyalahkan SPRM dan kerjaan BN atas kematian itu.
Semalam semasa mendengar berita itu, AM awal-awal lagi dah agak, mesti kecoh lepas ini orang menuding jari pada SPRM. Rupa-rupanya BN sekali mereka tuduh terlibat.
Begitu mudah kita membuat andaian. Begitu mudah kita menuduh. Maka begitu mudah juga kita dipergunakan oleh orang-orang tertentu.
Bagilah peluang sekali-sekala kepada otak kita untuk berfungsi. Jangan biarkan dia disitu tanpa ada peranan.

Wednesday, July 15, 2009
Puteri UMNO Patah Gigi Di Manek Urai
Itulah berita yang AM baca di surat khabar hari ini. Dalam negara demokrasi, ada orang sanggup menggunakan tukul besi untuk mencapai matlamat.
AM tidak ada di lokasi kejadian, tetapi AM ada menyediakan senarai beberapa tindakan Puteri UMNO, yang mungkin membawa kemarahan kepada pihak sana sehingga tergamak mereka membaling batu kepada sekumpulan wanita islam (seagama dengan mereka) hanya kerana wanita itu bukan dari PAS.
1. Menunjuk isyarat lucah kepada pemuda PAS.
2. Mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.
3. Menunjukkan bahagian-bahagian tertentu anggota badan kepada penyokong PAS.
4. Memulakan pembalingan objek kepada penyokong PAS.
AM tak berani kata "wajib" Puteri UMNO tidak membuat perkara tersebut, tetapi rasanya agak mustahil mereka melakukannya memandangkan mereka berada ditempat orang.
Waimah apa sekali pun yang dilakukan oleh puteri UMNO, bukankah orang disebelah sana tu ahli parti yang katanya memperjuangkan Islam? Begitukah rupanya rupa bentuk dan perangai umat islam? Ajaran agama islam mana yang menghalalkan perbuatan tidak bertamadun seumpama itu?

Manik Yang Mengurai
Namanya cukup cantik. Manek Urai. Walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut, tetapi dari berita dalam akhbar dan dari cerita orang yang pernah kesana, AM dapat bayangkan betapa mundurnya Manek Urai.
Lalu timbullah tanda tanya, betulkah rakyat Manek Urai tidak mahukan pembangunan? Adakah cukup dengan pembangunan insaniah yang kononnya dibawa oleh PAS, maka penduduk Manek Urai lebih rela memilih seorang ustaz untuk menjadi pemimpin?
Bukankah Islam, bukan sahaja menggalakkan tetapi mewajibkan umatnya mencari rezki seolah-olah akan hidup selama-lamanya dimuka bumi ini? Bukankah Islam ada memberi amaran bahawa, kemiskinan hidup seseorang boleh membawa kepada kemungkaran? Justeru ini bermaksud, kemewahan dan kenikmatan dunia juga perlu dicari, selain dari menunaikan ajaran agama.
Adakah ajaran agama islam yang diajar di Manek Urai, atau lebih tepat lagi agama islam pengikut PAS, mempunyai tafsiran yang tidak sama dengan ajaran agama islam sebenar?
Adakah janji pembangunan, termasuk menjadikan Manek Urai sebagai kawasan pertanian moden dan juga janji pembinaan jambatan, tidak langsung menggamit pengikut PAS untuk cuba merubah nasib mereka seperti yang diajar oleh agama. Bukankah Nabi telah memberi nasihat bahawa "Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa itu, sehingga mereka sendiri cuba untuk merubahnya".

Tuesday, July 14, 2009
Berakhirnya Satu Pengharapan..
Akhirnya debaran berakhir. Pengundi Manek Urai telah memilih pemimpin yang mereka kehendaki dengan memberi kemenangan kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah yang berjaya mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan kelebihan 65 undi.
Tiada apa yang hendak diperkatakan. Rasanya jentera BN telah berbuat apa yang sepatutnya. Mereka telah bekerja siang dan malam untuk memastikan kemenangan calon BN.
Apa yang AM nampak ialah, pemimpin PAS telah berjaya menyemarakkan terus api kebencian rakyat terhadap UMNO sehinggakan janji Timbalan Perdana menteri, untuk menjadikan Manek Urai sebagai anak emas kerajaan pusat dan pembinaan jambatan berharga RM7 juta ringgit tidak sedikitpun menjadi daya tarikan kepada mereka.
Isu royalti minyak yang menjadi senjata ampuh PAS dalam pilihanraya tersebut sebenarnya hanyalah modal untuk menambah kebencian rakyat kepada kerajaan persekutuan. Mereka sudah sedia maklum bahawa walaupun mereka menang, mereka tidak akan berjaya mendapatkan apa yang dikatakan sebagai hak rakyat Kelantan itu. Sebaliknya yang mereka lakukan ialah, meyakinkan pengundi bahawa kerajaan persekutuan telah bersikap zalim terhadap rakyat Kelantan. Maka untuk menzahirkan kebencian itu, mereka wajib mengundi PAS.
Manakala jika memilih untuk menerima offer dari TPM, sudah pasti jambatan usang yang menjadi masalah utama sejak dua puluh tahun lalu akan dirobohkan dan diganti dengan jambatan yang lebih besar dan selesa. Bukan itu sahaja, kawasan Manek Urai akan dimajukan sebagai pusat pertanian moden, walaupun sepatutnya kerja memajukan sesebuah daerah adalah kerja kerajaan negeri.
Jika ikut permikiran singkat dan dangkal sekalipun, pengundi sepatutnya tidak mensia-siakan peluang keemasan ini dengan memangkah BN. Setelah dapat apa yang dijanjikan oleh BN, maka pada pilihanraya akan datang, mereka boleh berbalik semula dengan mengundi PAS. Malangnya mereka tidak melakukannya. Peluang keemasan untuk merasai kemajuan, berlalu begitu sahaja.
Bukan semua pengundi di Manek Urai tinggal di kampung dan hidup susah. Ramai dari mereka yang tinggal di bandar dan berjaya dalam hidup, mempunyai pekerjaan dan rumah yang selesa. Undi mereka itulah yang mungkin mengakibatkan kekalahan BN dan terus menggelapkan masa depan penduduk kampung Manek Urai.
Penduduk miskin akan terus hidup melarat, walaupun sebahagian dari mereka telah mula sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan masa pilihanraya ke-12 dan ingin mengubah hidup mereka. Malangnya hasrat tersebut tidak kesampaian. Semoga mereka akan bekerja lebih keras lagi, agar kemenangan akan memihak kepada BN pada pilihanraya ke-13 dan seterusnya boleh mengubah hidup mereka.

Ada Yang Tak Kena di DBKL
Saban tahun cerita yang sama. Ada yang pernah didakwa (walaupun tak pasti apa kesudahannya)yang pasti ianya tetap berlaku . Kisah berkenaan pembahagian tapak pasar juadah.
Para penjaja ingin mendapat keuntungan lebih semasa bulan puasa, kerana meraka tidak mendapat bonus seperti pekerja swasta atau kerja kerajaan. Malangnya ada yang mencari untung berlebih-lebihan dengan hanya menjual tapak pasar juadah.
DBKL sepatutnya berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah yang seperti tidak terkawal ini. Ada orang yang sanggup berbelanja lebih, mengupah berpuluh orang rakan, untuk memohon tapak pasar juadah. Dengan syarat yang tidak ketat, sesiapa juga boleh mendapatkan pasar juadah yang dijalankan secara 'nasib'.
Dipintu utama telah menunggu berpuluh orang luar, yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk satu tapak. Orang yang ada nasib, boleh dapat 3 atau 4 tapak, dengan sekelip mata boleh mengaut untung dengan menjualkannya kepada orang yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.
Manakala diluar sana, ramai lagi penjaja sebenar, yang hidup dengan berniaga sepanjang tahun, tidak dapat peluang berniaga dibulan puasa, kerana tidak mempunyai modal untuk mengupah orang yang lebih ramai supaya lebih cerah peluang untuk mendapatkan tapak berniaga.
Sepatutnya benda macam ini perlu diberi perhatian oleh SPRM.

Selamat Mengundi Kepada Rakyat Manik Urai
Selamat mengundi dengan penuh tawada' dan keinsafan, tanpa ada rasa curiga, dendam kesumat dan ikut perasaan.
Jika rasa PAS lebih elok, maka undilah PAS, jika rasa BN lebih boleh membawa keuntungan, maka undilah BN.
AM andaikan 51 - 49. 51 kepada BN dan 49 kepada PAS. Kalau BN menangpun dengan majoriti kecil, kalau PAS menangpun tak akan menang besar.
Apapun dua-duanya adalah orang melayu dan islam. Siapapun yang dipilih diharap dapat menyumbang sesuatu kepada rakyat yang mengundinya.

Pejabat ADUN diguna untuk mesyuarat underground?
Ini sudah serious. Jika benar berita yang disampaikan oleh 'orang dalam' sendiri, bermaksud memang ada yang tak kena dengan kerajaan negeri Selangor sekarang.
Apa pun kita tidak boleh menuduh, kerana pasti ahli dan penyokong PR akan kata ini adalah kerja orang BN yang membuat fitnah untuk menjatuhkan maruah wakil rakyat PR.
Maklumlah, kalau orang BN (UMNO) buat salah dan disiasat polis, mereka akan kata "tengoklah, itulah perangai orang UMNO"...tetapi bila kena pada orang PR, mereka akan kata "ini semua kerja jahat orang BN dan UMNO, satu konsprasi politik yang berniat jahat"...
Jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat..

Wednesday, July 8, 2009
Bila Dua Bendera Dua Parti Bersanding...
Tidak menjadi kehairanan jika anda melihat bendera parti politik tertentu berkibaran dijalan jika parti politik berkenaan mengadakan sesuatu majlis. Juga tidak pelik jika melihat bendera-bendera parti berkibaran bila berlakunya pilihanraya, tak kiralah pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.
Tetapi penduduk di Taman Cheras Indah dan Taman Maju Jaya Cheras, bertanya-tanya sesama sendiri sejak dua tiga hari lalu bila melihat bendera UMNO dan bendera PAS dipacakkan bersebelahan disatu jalan di kawasan taman perumah tersebut. Lebih menghairankan lagi, bendera itu dipacakkan dihadapan markas salah satu parti berkenaan dan dikonkrit dengan simin, mungkin untuk mengelakkan dicabut oleh orang-orang yang bertanggung-jawab.
Itulah uniknya orang melayu. Mereka akan bergaduh, tetapi tidak akan bermusuhan selama-lamanya. Mereka akan bermasam muka, tetapi tetap bermaaf-maafan bila telah reda (terutama bila hari raya) dan akan tetap menziarah jika berlaku kematian. Mereka berlainan parti, tetapi tetap duduk bersama diwarong kopi sambil bergelak ketawa dan bercerita hal-hal semasa. AM yakin, orang yang memasang bendera tersebut sedar betapa pentingnya tali persaudaraan diantara orang melayu seagama.
Sebenarnya hati dan jiwa orang melayu ini lembut. Malangnya ada golongan tertentu, atas sebab tertentu telah meracuni pemikiran dan jiwa orang melayu, sehingga mereka berpecah belah. Malangnya ada sebahagian lagi orang melayu yang tidak sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh individu berkenaan untuk mencapai cita-cita peribadi sendiri.

Undang-undang, Kuasa dan Penguatkuasa
Tak habis fikir bila mengenangkan cara dan corak pentadbiran penguatkusa majlis perbandaran tempatan menjalankan tugas. Tak perlu disebut PBT yang mana satu, kerana rasanya hampir semua PBT di Malaysia mempunyai tahap pentadbiran yang cukup rendah. Menjadi pak turut dan balaci kepada golongan tertentu.
PBT atau Majlis Perbandaran adalah sebuah badan kerjaan yang paling hampir dengan masyarakat. Disitulah biasanya tempat rakyat mengadu nasib untuk mendapat pembelaan. Orang politik atau ahli majlis biasanya (sepatutnya) hanyalah bertindak sebagai penasihat atau pemantau kerja-kerja yang dijalankan oleh PBT. Malangnya selama ini PBT telah digunakan oleh orang politik untuk menjalankan dasar-dasar peribadi mereka.
Jika di United States, tukarlah siapa sahaja Presiden mereka, dasar kerajaan Amerika akan tetap sama. Sebab itu rakyat tidak akan peduli siapa akan memerintah mereka, kerana kehidupan mereka pasti tidak akan tergugat walaupun bertukar pemerintah.
Di Malaysia, disebabkan pertukaran kerjaan negeri, kehidupan rakyat juga telah berubah. Jika dulu parti politik tertentu boleh mengajak rakyat untuk berdemo, membantah kadar bayaran parkir yang mahal, tetapi bila bertukar kerajaan, parkir yang sebelumnya hanyalah RM2, kini telah dinaikkan kepada rm3. Majlis Perbandaran nampaknya lebih mengikut telunjuk ahli politik dari mendengar masalah rakyat.
Orang politik dengan sewenang-wenangnya menggunakan majlis perbandaran untuk merampas satu persatu hak rakyat. Dewan orang ramai dengan sewenang-wenangnya disita dengan alsan untuk ditadbir oleh PBT. Hakikatnya ada dewan yang diambil alih, terbiar semak dan kotor dan yang lainnya digunakan sebagai 'pusat sumber kewangan' bila rakyat yang hendak menggunakan dewan berkenaan dikenakan bayaran.
Rakyat (orang melayu yang rendah pelajarannya dan lemah pemikirannya) telah tersenyum lebar bila mendapat tahu bahawa kadar bayaran bil air mereka telah diturunkan, tetapi mereka lupa bahawa, mereka atau rakan dan keluarga mereka terpaksa dibebani dengan tambahan bayaran untuk parkir, penggunaan dewan orang ramai, bayaran tapak pasar malam dan sebagainya yang telah melambung tinggi. Jadi dimanakah istilah kebajikan yang dilaung-laungkan sebelum ini?
Sebagai kerajaan tempatan, Majlis Perbandaran sepatutnya bebas dari fahaman politik dan membuat kerja tanpa dipengaruhi oleh golongan tertentu. Rakyat memerlukan pembelaan dan bukannya janji-janji kosong dari orang politik. Majlis Perbandaran sepatutnya menjalankan tanggungjawab mengikut garis panduan yang telah ditetapkan tanpa mengira siapa yang menjadi kerajaan negeri.

Dalema Melayu
Sedar atau tidak, sebenarnya orang melayu mempunyai mentaliti yang sangat rendah. Mudah percaya kepada persepsi, andaian, dengar cakap dan tuduhan tanpa bukti.
Dinegara barat, untuk mempercayai sesuatu perkara, mereka terpaksa berbelanja berjuta dollars untuk membuat kajian dan penyelidikan. Di Malaysia, dengan secawan kopi di warong mamak, sesuatu cerita akan bertukar tangan dengan begitu cepat dan boleh disimpulkan dalam beberapa minit sahaja.
Orang yang mempunyai daya bercakap dan kepintaran memunipulasi cerita akan dengan cepat menjadi popular. Kalau tidak, masakan dalam bab agamapun, ada orang melayu boleh mempercayai adanya rasul melayu dan ajaran baru selain dari ajaran agama islam yang telah dianuti oleh nenek moyang mereka. Semua ini hanyalah kerana orang yang membawa cerita atau fahaman tertentu telah berjaya meyakinkan pendengar, dengan hujah-hujah dan hukum logik yang mudah difahami dan diterima oleh orang melayu.
Berita terbaru ialah tentang wujudnya emas disatu kawasan di negeri Terengganu. Berpuluh-puluh orang (mungkin beratus) meninggalkan kerja dan keluarga untuk mejadi pelombong emas, semata-mata kerana percaya adanya emas di kawasan berkenaan. Akhirnya mereka sedar bahawa mereka telah membuang masa mereka, kerana logam yang disangka emas itu bukanlah emas yang sebenar.
Dalam bidang politik, orang melayu akan 'taksub tak bertempat' kepada individu tertentu yang berjaya berhujah dan berektorik, terutamanya bila orang itu boleh membaca sepotong dua ayat al-quran. Mereka akan bermati-matian, sehingga sanggup menjadi benteng manusia untuk mempertahankan individu berkenaan. Semua ini hanyalah kerana mereka telah percaya bahawa itulah pemimpin sebenar (pemimpin akhir zaman)
Sikap berserah pada takdir dan menyalahkan takdir jika nasib tidak memihak kepada mereka, akan terus menjadi nadi kehidupan orang melayu. Pada tahap ini belum tentu ada makhluk yang bernama manusia akan mampu mengubah pemikiran orang melayu, malah jika tuhan turunkan malaikat ke muka bumi ini untuk mengubah minda mereka, belum tentu malaikat akan berjaya melaksanakan tanggung-jawab tersebut dengan mudah.
Itulah dalema melayu yang belum berakhir.

Sunday, July 5, 2009
Sampai Bila Orang Melayu Akan Berpecah
Orang melayu terkenal dengan sikap negatif seperti cepat merajuk, melatah, mengungkit berkara lama dan dendam yang tak sudah. Sedangkan itu bukan ajaran agama yang dianuti oleh orang melayu.
Dalam politik negara, PAS keluar dari BN kerana merajuk dan hingga kini dendam Nik Aziz tak pernah pudar hingga menolak mentah-mentah idea kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh presiden PAS sendiri.
PKR ditubuhkan atas dasar dendam kesumat Anwar Ibrahim terhadap Dr Mahathir dan UMNO.
Sekali lagi orang melayu berpecah belah.
Dalam UMNO sendiri perasaan iri hati, dendam dan benci masih lagi berluasa. Walaupun mungkin kini (setelah dihukum semasa PRU-12)agak bertambah baik. Malangnya masih ramai juga yang belum serik. Dulu di Kelantan, pemimpin UMNO sentiasa bertelagah, sehingga susah betul nak menang pilihanraya di negeri itu.
Sana-sini masih terdapat golongan yang kononnya pemimpin masyarakat, pejuang bangsa dan agama, masih bersikap hipokrit, tidak mahu menerima hakikat dan iri hati kepada orang yang berkuasa.
Itulah antara sebab UMNO dipandang sinis oleh orang luar. Hakikatnya dasar UMNO tetap sama, iaitu untuk membantu orang melayu.
Pemimpin bawahan UMNO ini, saling berebut jawatan tetapi malangnya tidak pernah mahu menerima hakikat kekalahan. Bila kalah dalam satu-satu pemilihan, mereka akan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil untuk mengimbangi pemimpin yang dipilih oleh majoriti ahli. Maka wujudlah kem-kem dalam UMNO itu sendiri. Akhirnya orang melayu dalam UMNO juga terbahagi kepada beberapa bahagian kecil.
Pembangkang menang bukan kerana mereka kuat. Orang PKR, DAP, PAS DAN UMNO kena terima hakikat itu. Ramai pemimpin pembangkang yang terkejut sakan bila mereka menang dalam PRU-12. Sebenarnya mereka menang kerana pemimpin BN (UMNO) goyah dek perbuatan sendiri.
Satu perkara yang kita jangan lupa, orang lain sedang memerhati kita untuk mengambil kesempatan. Maka, sedar la sebelum terlambat.

Subscribe to:
Posts (Atom)