Tuesday, July 21, 2009

Antara Seniman Dan Ulamak

Nampaknya ada yang marah bila AM bagi pendapat tentang peranan seniman yang AM tulis dalam blog Pyanhabib. Penyokong Pyan la tu kut. Jgn risau AM pun peminat Pyanhabib sejak sekian lama.

Cuma AM ingin tegaskan, seniman berperanan seperti juga ulamak. Bezanya seniman mendidik dan mengkritik menggunakan pena, manakala ulamak berperanan mendidik dengan menggunakan hukum tuhan. Tidak perlu memilih siapa yang harus dikritik dan siapa yang harus dinasihati.

Mereka ini tidak boleh bias. Mereka tidak boleh memihak kepada golongan atau parti politik tertentu. Jika ingin berpolitik, masuklah mana mana parti politik, dan berjuanglah atas pentas politik.

4 comments:

Basuh Baju said...

salam..

maaf- sy tidak bersetuju dgn pendapat saudar yg mengatakn nak berpolitik masuk parti politik..

poitik ialah kehidupan kita. dlm bahasa greek pon, politik ialah ilmu utk bermasyarakat..

di tempat kerja, ada politiknya. di tempat belajar, ada politiknya.. di dalam keluarga sendiri pon, ada politiknya..


:)

mat stim said...

bro... gua suka baca artikel lu... memang blog lu nie ada ciri-ciri blog laaa.... bukan macam blog lain yang tah apa apa tah...

tapi blog lu macam ada yang tak kena laa... suram jee... tak meriah... kalau orang tu macam pucat je muka dia...

pandangan ikhlas gua bro...

Anonymous said...

saya tak tau apa itu seni.

tapi impressi yang saya dapat nak jadi seniman ni

mesti rebel,
mesti kurang ajar,
mesti tak hormat orang,
mesti isap dadah,
mesti minum arak,
mesti buat seks bebas,
mesti homoseks,
mesti pakai tatu,
mesti selekeh...

kenapa ye?

atau saya salah?

AnakMerdeka said...

Woo wo wo..Anonymous tak betul tanggapan terhadap seniman tu.. kalau ada sorang dua yang mcm tu, bukan bermaksud keselururuhan seniman sebegitu.

Basuh baju, berpolitik dalam kehidupan dan politik kepartian adalah berbeza. Memang betul, politik adalah sebahagian dari kehiduipan, tetapi politik kepartian adalah untuk mencari pengaruh dan dalam masa yang sama berusaha untuk melemahkan pihak yang satu lagi, dengan apa sahaja cara sekalipun.

Apa yang AM maksudkan, seniman dan ulamak tidak seharusnya terlibat dalam politik kepartian. Dalam masa yang sama mereka masih boleh menyumbangkan idea dan nasihat yang berguna kepada sesiapa sahaja.

Mat Stim, nnt la wa ubah blog ni supaya nampak lebih stim..huhu

SAHABAT-SAHABAT AM