Monday, July 20, 2009

Suruhanjaya Diraja?

Secara jujur, AM tidak berapa faham tentang fungsi dan peranan Suruhanjaya Diraja. Apa bezanya badan itu dengan badan penyiasat yang lain? Sejauh mana kebebasannya? Jika ianya ditubuhkan oleh pihak kerajaan, sejauh mana pula pihak kerajaan tidak akan dikaitkan dengan segala keputusan suruhanjaya diraja itu?

Husam Musa dalam akhbar Harakah berkata... "Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.

"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.

Kalau benarlah Suruhanjaya Diraja itulah satu-satunya badan yang boleh dipercayai oleh sema pihak, AM harap sangat kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu dengan kadar paling segera.

Lagi cepat keputusan dibuat, lebih cepat kecelaruan dapat dihentikan.

5 comments:

Kacik Kamarudin said...

mengarut la lu bro.. gua benci komen lu dlm pyanhabib punye blog. Lu x fhm langsung fungsi seniman. Lu memang baghal!

jiba said...

moga anda dapat petunjuk di masa depan.

AnakMerdeka said...

Elo bro Runke Tongka, dlm Pyanhabib punya blog, gua cuma bagi cadangan/pendapat agar seniman lebih bersifat neutral, tak pro kepada mana-mana parti politik, sebab pengikut mereka tak terhad kepada ahli parti politik tertentu je.. salah ke penapat aku tu...

Anonymous said...

semua orang yang tidak bersetuju dengan kita adalah baghal,

sebab hanya kita yang benar betul dan cerdik?

AnakMerdeka said...

Kadang kita bercakap menggunakan emosi. Kadang kita bercakap sebelum sempat kita berfikir.
Malah kekadang kita memang tidak suka berfikir, sebaliknya menggunakan hati dan nafsu untuk membuat keputusan.

SAHABAT-SAHABAT AM