Thursday, October 8, 2009
Agen Yahudi Ada Dimana-mana...AWAS!
Hari ini Khamis 8hb Oktober 2009. Hari ini sepetutnya akan tersenarai dalam lipatan sejarah bahawa sukarelawan Indonesia yang menggelarkan diri mereka Bendera akan menyerang Malaysia melalui Kalimantan menggunakan buluh runcing. Lebih dari itu, hari ini (jika berlaku) akan tertulis dalam lipatan sejarah tamadun manusia, dimana ada lagi manusia yang masih beranggapan suara mereka paling lantang dan kumpulan mereka paling kuat manakala orang lain hanyalah anak-anak ayam yang tidak akan mampu berbuat apa-apa atas perbuatan mereka itu.
Sudah pasti ini mengundang seribu pertanyaan, sejauh mana rakyat Indonesia mengetahui bahawa Malaysia telah jauh lebih maju berbanding zaman konfrantasi yang mereka sendiri mulakan pada puluhan tahun dahulu. Mereka tidak tahu Malaysia telah mempunyai kelengkapan persenjataan yang canggih, walaupun mungkin tidak paling canggih dirantau ini.
Sebenarnya ini adalah perancangan tersusun oleh Yahudi. Yahudi akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kita sesama bangsa dan sesama agama bermusuhan dan berpecah belah. Mereka paling takut jika kita terlalu kuat. Niat mereka ialah untuk memastikan orang Islam terus lemah, berpecah belah dan kalau boleh terus hapus di bumi ini.
Selama ini mereka tahu, Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara Islam yang sangat rapat dan saling bekerjasama. Bukan sahaja mempunyai agama yang sama, tetapi Indonesia dan Malaysia seumpama abang adik, mempunyai bahasa, budaya dan cara hidup yang sama sejak zaman berzaman.
Mengapakah tiba-tiba sahaja, ada individu yang membuat kesilapan (yang tidak sepatutnya menjadi kemarahan) dengan menyatakan tarian bendet sebagai berasal dari Malaysia. Berapa ramai orang Malaysia yang tahu dan taksub sangat dengan tarian bendet itu?
Di Malaysia tempe, bakso, 'sambal goreng', pecal, gado-gado dan banyak lagi, semunya tidak diketahui asal-usulnya, walaupun ada yang kata ia adalah makanan orang jawa dan berasal dari indonesia. Setiap kali perayaan, orang Malaysia menggunakannya sebagai masakan orang melayu. Malah kita menggunakan nama Mee Jawa, Mee Bandung, Sirap Bandung yang terang-terang menggunakan nama daerah mereka. Kenapa meraka tidak marah?
Wayang kulit, kuda kepang dan barongan, yang sering dipertontonkan kepada pelancong asing sebagai tarian kebudayaan Malaysia, juga tidak ada yang mengaku sebagai hak milik mereka. Malangnya tarian bendet menjadi seolah-olah dosa terlalu besar yang harus ditebus dengan darah. Kenapa ini boleh berlaku?
Tidak lain dan tidak bukan, ini adalah rancangan rapi Yahudi. AM mengsyaki ada orang dan golongan tertentu yang menjadi agen Yahudi, sedang menyelinap masuk ke dalam masyarakat Indonesia untuk mengapi-apikan perasaan mereka dan menghasut mereka supaya berbuat sesuatu. Jika ini berjaya sudah pasti rantau ini akan kelihatan tidak aman, berbunuhan sesama sendiri dan saling menyerang. Maka puaslah hati Yahudi.
AM ingin mengaitkan kisah itu dengan keadaan kita di Malaysia. Setelah negara merdeka lebih 52 tahun, ditadbir dengan corak yang hampir sama, oleh parti yang sama (cuma berlainan tonggak) kenapa baru sekarang keadaan seolah-olah menjadi tidak terkawal. Kenapa antara kita terlalu cepat emosi dan bertindak tidak mengikut pertimbangan fikiran yang waras?
Dulu pun kita ada UMNO dan ada PAS. Dulupun UMNO mentadbir dan PAS sebagai pembangkang. Tetapi sekerang perbezaannya amat ketara. Mungkin ramai antara kita yang sedar akan situasi ini. Sejak bila keadaan menjadi seperti ini?. Jika tidak kerana takut kepada undang-undang, rasanya saban hari kita akan lihat pertumpahan darah berlaku diamana-mana hanya kerana perbezaan fahaman politik. Jika dulu kita takut pergaduhan antara kaum, tetapi sekarang antara kita sesama orang Melayu dan beragama Islam, telah menjadi terlalu renggang disebabkan politik.
Yahudi terlalu pintar. Kita tidak mampu menandingi mereka. Dalam quran ada banyak ayat membicarakan tentang kaum yang dilahnati Allah itu. Falsafah mereka "jika tidak mampu menawan mereka, maka sertailah mereka" nampaknya amat berkesan dan telah memberi impak yang besar kepada masyarakat kita. Maka berhati-hatilah, kerana kita tidak tahu siapakah ejen Yahudi diantara kita. Mereka mungkin seperti 'sesumpah' yang agak sukar untuk dikesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
3 S merupakan senjata mereka dalam berperang dengan orang Islanm diseluruh dunia ini kecuali Palestin.
1) Seks (seks bebas/bergaul lelaki dan perempuan tanpa batasan)
2) Sports (sukan)
3) Song (hiburan nyayian)
Semua ini telah di amalkan dlm diri umat Islam yang mengelarkan dirinya Islam.
Siapa yang harus bertanggungjawab untuk ini semua?Bagaimana untuk menghindarinya? tidak lain dan tidak bukan umat Islam harus kembali menyembah Allah secara Total dan penuh keHAMBAAN.
Tiada seks/bergaul lelaki&wanita secara bebas kerana Islam mengharamkannya. Tiada sukan yang tidak menutup aurat krn Islam telah meletakkan garis panduan berpakaian, tiada hiburan yang melalaikan kerana Islam menyuruh banyak berzikir dan menginganti Allah di mana dan saat mana.....
buat pertama kali bersetuju dengan anak merdeka
alfikir, sex, song and sport hanyalah antara punca kelalaian kita terhadap Allah. Malah jika disebut sukan sebagai senjata Yahudi rasanya kurang tepat, kerana Rasulullah juga bersukan dan menuntut umatnya beriadah.
Sebenarnya banyak lagi senjata yang digunakan oleh Yahudi. Yang paling menakutkan, mereka akan mempengaruhi alim ulamak dengan cara teratur agar tidak dpat dikesan. Mereka akan berusaha agar umat islam berpecah belah.
Kemudian mereka menyesatkan umat islam dengan menggunakan kepintaran ulamak-ulamak tersebut mengubahsuai maksud al-quran mengikut acuan mereka. Nauzubillah...
rabanni, terima kasih. Bukan semua pendapat AM betul dan perlu di setujui. Yang penting kita bertukar-tukar fikiran.
SAUDARA AM
walaupun tidak tepat 100%, fakta menunjukkan manusia sanggup "QIAM" bola bukan QIAMMUALAI (BANGUN TAHAJUD UTK IBADAH) utk menyaksikan bola piala dunia dan piala apa saje.
kalam AM sentiasa menuding kepada ulama'. Ulama' mereka juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kelalaian, namun kita?kita bagaimana?ada tak usaha utk mencari ilmu untuk memperbaiki ibadah dan akhlak kita?Allah dah beri akal fikiran dan anggota badan bagi mencari dan berusaha mencari ilmu SUPAYA tidak tertipu dengan manusia (termasuk ulama) dan syaitan.....seperti yg saya sudah terangkan sebelum ini sukan bukan salah tapi bersukan MESTILAH berpandukan ADAB-ADAB ISLAM.....namun musuh menggunakan sukan utk melalaikan kita umat Islam.
ADAKAH ELOK@BETUL BERSUKAN DENGAN BERPAKAIAN SELUAR PENDEK,BERBIKINI,SELUAR DALAM SAHAJA,BAJU KETAT HINGGA NAMPAK APA SAHAJA?
Post a Comment