Thursday, October 29, 2009

Anwar di Saat Akhir... Masa Kecederaan

Semalam Anwar Ibrahim memfailkan notis rayuan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak bantahan awalnya bagi mengenepikan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi, supaya dibekalkan dokumen berkaitan kes liwat terhadapnya.

Pelik. Rayuan atas rayuan. Selepas gagal dalam rayuan masih ada ruang lain untuk merayu. Itulah sistem perundangan yang perlu dipatuhi. Dan sistem itulah yang akan digunakan oleh Anwar secukupnya, walaupun semua orang tahu bahawa Anwarlah yang paling utama menuduh mahkamah Malaysia berat sebelah dan para hakim telah dibeli oleh kerajaan. Nama baik badan kehakiman hampir hancur ketika Anwar sendiri menggunakan setiap peluang yang ada untuk mendapat keadailan dari mahkamah yang sama.

Inilah sisa-sisa perjuangan akhir Anwar Ibrahim. Parti yang ditubuhkan untuk menyelamatkannya serta diyakini dapat membantunya menjadi Perdana Menteri, kini menghadapi liku-liku sulit bila seorang demi seorang perwiranya meletakkan senjata. Setelah Setiausaha Agungnya, semalam Naib Presidennya juga meletak jawatan. Sehari dua lagi kita akan lihat apa pula yang akan berlaku.

Hari untuknya dibawa ke mahkamah tinggal beberapa hari saja lagi. Rakyat yang inginkan kebenaran ditegakkan, sentiasa berdoa agar kes tersebut tidak ditangguhkan lagi. Jika penangguhan berlaku lagi, kali ini mahkamah akan terpaksa berhadapan dengan rakyat yang mendakwa mahkamah telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat yang selama ini tidak memihak kepada mana-mana fahaman kepartian, juga ingin melihat siapa yang benar dan siapa pendusta sebenar. Yang pasti dalam wajah ceria Anwar, ada kesunyain yang teramat sangat di dalam hatinya. Kali ini dia tidak akan boleh tersenyum lagi.

12 comments:

Geng_kepala_lembu said...

Bisala Politik...Umno pun dok main politik di makamah takakan Anuar tak leh...? Tengok contoh di Perak sudah la....zambry buat rayuan pagi ni petang dah dengar keputusan tapi bila Nizar berbulan-bulan tak dapat dengar lagi keputusan......

AnakMerdeka said...

GKL, UMNO tidak pernah pertikai keputusan mahkamah. Sebaliknya Anwar menjaja keliling negeri dan luar negeri mengatakan mahkamah Malaysia dipengaruhi oleh kerajaan.

Kalau dah rasa keputusan hakim akan menyebelahi kerajaan, kenapa tak habis-habis pergi mahkamah. Siki-sikit report polis, sikit-sikit pergi mahkamah.

Bermaksud segela tuduhan Anwar terhadap mahkamah Malaysia hanyalah untuk menjadikan Malaysia dipandang teruk dari segi perlaksanaan undang-undang. Kenyataannya dia masih percaya bahawa hanya di mahkamah sahaja dia boleh cari keadilan.

Musafir Kelana said...

Apa dh jadi dengan Hakim2 yg di pecat?cthnya salleh abbas dll..sehingga kerajaan terpaksa byr duit pampasan utk mereka di era Pak lah?

MAHKAMAH OH MAHKAMAH...TIADA KEADILAN TANPA MELAINKAN MAHKAMAH ALLAH...

http:/catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

al-fakir,
rasanya ayat yang AM karang begitu mudah dengan tajuk yang mudah.

Isunya Anwar Ibrahim tak percaya kepada mahkamah. Dia kata mahkamah Malaysia dikuasai oleh pihak tertentu.

Lalu AM tanya, kenapa tak sudah-sudah Anwar gunakan mahkamah (dengan cara apa sekalipun) untuk menyelamatkan dirinya, sedangkan dia kata mahkamah berat sebelah?

Isu Salleh Abas tak ada kena mengena dengan topik ini.

Musafir Kelana said...

Am berkata:Isu Salleh Abas tak ada kena mengena dengan topik ini...

Mana boleh tiada kena mengena...saya timbulkan di sini krn hakim boleh dipecat bila2 masa ikut selera pemimpin tertinggi...mahkamah duduk dibawah kuasa executive orang politik....jika hakim bt keputusan yg betul dan bernar..maka hakim itu tak akan lama hidup sbg hakim....hakim pun orang politik pilih..haa3...

malangnya nasib hakim krn hidup tiada kebebasan...

http://catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Jika itu keadaannya, mengapa pihak pembangkang masih terus menaruh harapan (dan meminta nyawa) dari mahkamah?

Musafir Kelana said...

mereka sengaja buat kerana kot-kot takdir menyebelahi mereka....

DPR said...

boleh pula kot-kot...???

AnakMerdeka said...

Apa kot kot? Kot kot tak main. Kalau nak biskut ada la, ataupun b@M%ot?

Dulu_umno said...

macam mana umno nak pertikai keptusan mahkamah, hakim-hakim yang dilantik semua under LINGGAM 'corect,corect,corect......

Ismail said...

Polis dan mahkamah sering dicerca dan dihina, tetapi disitulah kerap kali dipinta bantuan dan rayuan apabila terdesak demi untuk menyelamatkan tengkok sendiri. Apa punya jenis manusia lah lu. Kali ini kalau kes liwat yang dah terlewat itu ditangguhkan lagi tanpa sebab yang masuk dek akal, soheh mahkamah Malaysia telah dipermainkan. Kita sebagai rakyat boleh juga membuat keputusan sendiri seperti hakim, sama ada tertuduh bersalah atau tidak. Apakah jenis manusia begini yang hendak kita jadikan Perdana Menteri?

DPR said...

tangguh tetap tangguh en mail...slogan terkini lagi sensasi...

SAHABAT-SAHABAT AM