Wednesday, October 14, 2009

Carta Pembohongan..

Dalam satu seminar yang AM sertai satu ketika dulu, penceramah telah menayangkan satu 'slide' untuk menunjukkan carta, orang-orang yang paling dipercayai hinggalah yang paling sukar dipercayai. Katanya, kajian itu dibuat oleh penyelidik dari luar negara. AM tidak ingat sumber yang diperolehi oleh penceramah tersebut.

Apa yang AM ingat ialah, orang/jawatan yang paling dipercayai di dunia ini ialah doktor. Jika doktor berbohong dengan mengatakan dalam kepala kita ada ketumbuhan dan perlu dibedah, maka kita akan terus percaya tanpa perlu dakwa dakwi dan menyerahkan kepala kita untuk dibedah. Jika doktor kata, sesuatu ubat itu boleh menyembuhkan penyakit, maka secara psikologinya, kita pasti akan percaya walaupun doktor hanya memberi air kosong dan mengatakan kepada kita bahawa itu adalah ubat. Begitulah tingginya kepercayaan orang terhadap doktor. Sebabnya ialah, doktor tidak pernah menipu dan tidak perlu menipu.

Dalam banyak-banyak kedudukan dalam carta tersebut, orang/jawatan yang paling corot ialah ahli politik. Ahli politik paling banyak cakap bohong dan sukar untuk dipercayi cakapnya.

Ada antara peserta seminar (mungkin ahli politik) telah bangun dan membantah apa yang dibentangkan oleh penceramah.

"Ini akan mencemarkan nama baik ahli politik" katanya.

Penceramah tersebut memberitahu, ini adalah kajian secara profesional yang dilakukan oleh penyelidik luar negara dan bukannya dia (penceramah) yang membuat tuduhan. Maka orang yang marah-marah tadi berdiam diri.

Memanglah kajian penyelidik walau dari manapun mereka, tidaklah boleh disamakan dengan apa yang terkandung dalam al-quran. Kajian itu mungkin kurang tepat. Tetapi sebenarnya ahli-ahli politik boleh merenung diri sendiri, tanpa perlu memberitahu orang lain,

"Adakah aku bercakap benar kepada rakyat selama ini. Betul kah aku tidak pernah menipu. Adakah aku telah menunaikan segala janji-jani aku semasa aku berkempen agar orang mengundi aku. Adakah tuduhan-tuduhan yang aku lemparkan kepada orang tertentu, yang kebanyakannya telah dipercayai oleh rakyat, itu benar?"

Jika semua jawapannya 'YA' maka bersyukurlah kerana mereka berada dalam golongan orang yang tidak berbohong dan boleh dipercayai, sebaliknya jika terlalu banyak pembohongan dan fitnah dilemparkan kepada orang tertentu, maka layaklah jika mereka menduduki carta paling corot.

Persoalannya apakah yang orang politik harus buat agar carta mereka tidak terus berada di kedudukan paling bawah? Jawapannya, tunaikan segala janji, kotakan apa yang dikata, kurangkan/hapuskan sikap suka berbohong dan mengada-ngadakan cerita yang tidak benar dan hentikan perbuatan suka memesongkan fahaman orang ramai dengan menggunakan kepintaran dan ketajaman lidah ketika berbicara.

2 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Orang politik akan kelihatan baik dan bersih di permulaan tetapi lama-kelamaan akan beransur-ansur menjadi tidak baik dan tidak bersih. Itulah kitaran semulajadi kebanyakan orang politik.

DPR said...

tarik rambut dalam tepung,rambut tak pts tepung tak berselerak...

SAHABAT-SAHABAT AM