Friday, October 16, 2009

'G7' Berperanan Atau Sekadar Menyibuk?


Bila ada pertandingan di peringkat Bahagian, selain calon-calon Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian, kumpulan yang hendak menjadi wakil ke perhimpunan agung atau digelar 'G7' tidak kurang juga sibuk berkempen.

AM teringat tahun lalu bila Perhimpunan Agung Bahagian diadakan pada musim raya, tak cukup masa bekejar kesana kemari untuk menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh calon-calon yang bertanding, termasuklah kumpulan G7. Rasanya kumpulan ini tidak terlibat dalam politik wang kerana kebanyakannya hanya 'menumpang tuah' calon ketua bahagian. Biasanya 'cai' ketua bahagian akan tertera sekali nama-nama calon G7 yang mendapat 'restu' dari calon ketua bahagian berkenaan. Jika calon ketua bahagian itu menang, maka mereka pun akan turut menang. Jadi rumah terbuka diadakan hanya untuk 'lebih mengenali' perwakilan-perwakilan cawangan yang akan mengundi di peringkat bahagian.

Lalu terfikir dibenak AM, apakah sebenarnya peranan G7?. Sekadar bertepuk tangan dan bersorak? Mengangkat tangan untuk menyokong sesuatu usul? Atau sekadar untuk jalan-jalan cari makan? Bagi AM, mereka sebenarya hanya penyibuk dan tidak lebih dari itu. Jika tanya ahli diperingkat bahagian dan cawanganpun, rasanya mereka tidak tahu siapa wakil bahagian yang terpilih ke PWTC dan apakah peranan mereka.

Setelah mendengar ucapan perasmian Presiden (itupun kadang-kala ada yang tidur) mereka lebih seronok duduk di coffee house dan membeli belah digerai-gerai yang disediakan. Ketika pembahas-pembahas sedang bertegang urat mengeluarkan hujah-hujah dan ketika Ahli Majlis Tertinggi mencatat setiap isu yang dikemukan oleh pembahas, perwakilan-perwakilan bahagian (G7) seolah-olah merasakan isu yang dikemukakan oleh pembahas, tidak penting dan tidak ada kena mengena dengan mereka.

Mereka lebih seronok bersembang, berjalan-jalan, bershoping sakan dengan mempamerkan kad kenal diri yang tergantung dileher masing-masing, seolah-olah tidak ada apa yang sedang berlaku. Ditambah pula dengan gelagat penjaja-penjaja memanggil setiap orang yang lalu-lalang, dengan panggilan 'datuk' atau 'datin' untuk 'membodek' pengunjung supaya membeli barang jualan mereka, maka para perwakilanpun semakin syok.

Seperti yang diperkatakan oleh Presiden semasa ucapan perasmian, perwakilan bahagian sekarang tidak seperti dulu. Mereka tidak lagi ada sikap sukarelawan seperti dahulu yang sanggup bergolok bergadai untuk pergi ke persidangan agung UMNO. Sekarang mereka disediakan penginapan mewah hotel lima bintang, makan minum ditanggung (agaknya) dan sudah tentu perbelanjaan pengangkutan juga disediakan diperingkat bahagian masing-masing. Harapannya yang diberi, ialah agar mereka mencari input penting untuk disampaikan ke peringkat akar umbi. Tetapi sejauh mana mereka menjalankan amanah yang dipertanggung-jawabkan?

Setelah perlembagaan UMNO dipinda, dimana pengundian akan hanya dilakukan diperingkat bahagian, rasanya selepas tidak akan lagi ada yang berebut-rebut untuk menjadi calon G7.

Mungkin juga ada yang tertinggal dalam pindaan perlembagaan kali ini. Sepatutnya wakil G7 dipilih secara bergilir antara ketua-ketua UMNO cawangan, agar setiap dari mereka dapat mempelajari sesuatu untuk disampaikan kepada ahli-ahli di cawangan masing-masing.

2 comments:

DPR said...

benar skali AM...teringat ucapan Datu Seri Shafie Apdal masa merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian DPR Julai lepas..."apabila sampai pilihan raya kecil yang mereka tak nampak dah undi dacing..yang mereka nampak kalah G7.." disambut gelak tawa perwakilan cawangan...datang ke PWTC minum di coffe house tetapi di ahli (macai barangkali) di bahagian masing2 berpuak2 & saling berselisihan sesama ahli...

AnakMerdeka said...

Moga-moga dengan pindaan perlembagaan ini, ahli UMNO akan berubah dari atas hingga bawah, dari luar hingga ke dalam.

InsyaAllah jika kebaikan yang kita cari, maka kebaikan yang kita perolehi.

Parti pembangkang jangan bongkak tak tentu pasal. Kemenangan mereka hanya sementara. Sementara rajuk orang UMNO belum hilang, mereka telah menyokong pembangkang. Bukan kerana pembangkang telah kuat. Jangan perasan tak sudah.

Bila rajuk orang UMNO yang merajuk itu telah reda, pembangkang bolehlah mula mengira berapa ramaikah ahli mereka yang sebenarnya. Mulalah cari rumah-rumah sewa untuk jadikan markas.

SAHABAT-SAHABAT AM