Tuesday, October 6, 2009

Hukum Allah, Sejauh Mana Kita Faham?

AM tertarik dengan tulisan Tun Dr Mahathir berkenaan Hukum Allah yang dimuatkan di dalam blog beliau che det. Sebenarnya ramai antara kita (orang Islam) sekurang-kurangnya mentetahui basic agama. Tak tahulah jika ada antara kita yang langsung tidak tahu hukum hakam (seperti yang pernah kita lihat dalam drama swasta di tv)

Di Malaysia banyak sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah pondok, sekolah menengah agama hinggalah universiti Islam. Cukup untuk rakyat membekalkan diri dengan ilmu Islam, sekurang-kurangnya untuk pegangan diri sendiri.

Agama Islam adalah agama perpaduan dan agama yang paling indah tetapi sejauh manakah kita boleh bersatu padu di bawah payung agama Islam? Sejauh mana kita boleh mengimarahkan lagi agama kita agar dilihat indah oleh penganut agama lain di luar sana? Nampaknya malah agama telah menjadikan kita berpecah belah.

Tun Dr Mahathir berkata,
"12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam."

AM sangat bersetuju dengan Tun. Malah di Malaysia ini sejak dulu AM merasakan seolah-olah seperti Islam ini adalah agama baru dan baru hendak dipraktikkan oleh kita. Jika siapa ingat, dulu untuk berpuasa dan sambut hari rayapun kadang kala kita jadi kelam kabut. Pernah terjadi sambutan hari raya tidak disambut serentak di negara ini. Kelantan dan Johor beraya sehari lebih awal berbanding negeri-negeri lain.

Hingga sekarangpun ramai antara kita masih keliru (tidak termasuk yang sengaja dikelirukan oleh orang-orang tertentu). Kita hampir tak dapat membezakan mana satu yang wajib, mana yang harus dan mana satu yang dilarang oleh Allah.

Agama adalah sesuatu yang sangat sensitif untuk dibicarakan, sebab itu kita dinasihatkan sedari awal agar mendengar cerita/pengajian agama dari orang yang benar-benar berkelayakan. Lalu bagaimanakah kita mengukur kelayakan seseorang?

Lazimnya orang yang berjanggut, berkopiah dan berserban, apatah lagi jika memakai jubah akan di cap sebagai alim. Percayalah jika antara kita berani memakai serban dan jubah ke surau dan ketika itu imam belum sampai untuk mengimamkan sembahyang, pasti kita yang akan ditarik ke hadapan untuk mengimamkan sembahyang. Begitulah cara kita mentafsir orang.

Sebab itu orang-orang yang ingin menipu, biasanya akan berperwatakan seperti orang/golongan yang biasanya lebih dipercayai. Orang lebih suka menyamar jadi polis berbanding menyamar jadi pencuri. Dan orang seperti ayahpin dan 'rasul melayu' itu tidak mungkin berperwatakan seperti mat rock atau mat rempit. Sebab itu mereka dengan begitu mudah dapat memperdayakan orang ramai.

Orang politik lebih teruk. Mereka ada niat dan matlamat yang sangat besar. Niat untuk jadi pemimpin dan berkuasa (dan mempunyai segala-galanya). Di Malaysia pemimpin yang berperwatakan rock, ranggie dan berasal dari golongan artis rasanya tidak mendapat tempat langsung sebaliknya golongan yang mengaku (dan menyamar) sebagai orang baik, memang tidak cukup jari untuk kita membilangnya. Kerana orang kita memang mudah percaya dengan cakap orang yang kelihatan baik.

Malangnya ramai antara kita yang tidak cukup tahu dengan hukum hakam, lantas dengan mudah akan terperdaya dan mempercayai cakap 'orang baik' (ulamak politik) berkenaan. Maka timbullah tafsiran bahawa dengan menganggotai sesuatu parti kita boleh masuk syurga sebaliknya jika masuk parti yang lain kita akan masuk neraka. Sedangkan dalam al-quran telah dengan jelas diberitahu golongan-golongan ahli syurga dan ahli neraka yang boleh kita jadikan panduan. Mengapa kita lebih percaya cakap orang berbanding apa yang tertulis dalam al-quran?

14 comments:

Anonymous said...

anda perlu pergi belajar ilmu agama, baru anda faham apa itu agama......siapa kita?tahap mana ilmu kita?bidang apa yang kita pakar?siapa yang lebih pakar dalam bidang tertentu. Janganlah kita menanya orang yang kerja menangkap ikan dilaut tentang macamna hendak menbawa kapal terbang/ membaiki kapal terbang.....buka minda, banyak menelaah kitab,quran,hadis, buku-buku..insyaAllah...anda sendiri boleh menilai siapa yg berada dijalan yang betul. Tidak perlu kita cepat bersangkaan...gunakan akal dan hati...

Cetusan said...

salam Anony..

saya kerdil bab agama..taubat 5 kali sehari pun belum stabil, itu pun entah diterima entah kan tidak...orang beragama..jika mereka meninggal pun puashati sebab banyak kali taubat..meninggal pun tika pulang dari mendengar ceramah hukum jika tidak berceramah... wassalam.

AnakMerdeka said...

Anon,

betul la apa yang AM cakap. Cuba baca sekali lagi.

AM membicarakan tentang orang yang bukan pakar bidang agama, tetapi disuruh (atau sengaja menunjuk pandai) berbicara tentang agama. Jika semua orang macam Anon cakap, penangkap ikan berbicara tentang ikan, pembawa kapal terbang hanya bercerita tentang kapal terbang, rasanya aman dunia ini.

Sebeliknya apa yang berlaku ialah agama yang sepatutnya digunakan untuk menyatupaukan ummah, telah menjadikan ummah semakin berpecah belah, hanya kerana orang yang bukan pakarpun berebut-rebut untuk berbicara tentang agama hanya untuk memberitahu dunia bahawa dialah lebih baik dari yang lain. Malah Gopalakrisnan pun mula membaca ayat al-quran. Siapa yang patut menegur?

AM bukan bertanya "apakah itu agama dan dimanakah tahap kita" seperti yang Anon tanyakan.

Malah tajuk AM begitu jelas, sejauh mana 'kita' (bermaksud semua termasuk diri AM sendiri)mengetahui tentang hukum-hukum Allah.

AnakMerdeka said...

Zeqzeq,

AM pun jahil.

Sebab itulah kalau fahami maksud tulisan AM itu ialah, biarlah yang jahil ini diajar oleh orang bijak pandai, agar lebih baik dan tidak jahil lagi.

Yang AM pertikaikan ialah agama telah digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik. Seperti tulisan AM menjawab ulasan anon di atas, sekarang ini orang kafir pun dibarkan menggunakan ayat-ayat quran. Dimanakah ulamak-ulamak kita?

Anonymous said...

saya tidak menafikan ada manusia yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu...itu adalah ujian bg mereka yang mempunyai ilmu agama. Apakah mereka belajar agama untuk membaiki diri untuk kesempurnaan ibadah atau untuk menjual agama bagi mendapatkan imbuhan dunia....ini bergantung niat masing. Ada pun yang hakikat menuntut ilmu agama itu adalah utk mencari keHAMBAan dengan Allah swt. Rasa kerdil diri dihadapan Allah. rasa berdosa dihadapan Allah. Rasa banyaknya hati lalai mengingati Allah swt....
Saya bersetuju dengan soalan AM "dimanakah ulamak kita hari ini? DIMANAKAN MEREKA SEMUA HAA!MEMBISU DAN SENYAP UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN ISLAM DAN HAKIKAT KETUHANAN YANG MAHA BERKUASA!?..pada saya, ulama yang ada tetapi sembunyikan diri dengan hanya memakan gaji inilah...tidak amanah dengan ilmu Allah swt. Mereka tidak takut peringatan Allah swt. Ilmu mereka ini adalah ilmu nabi2 dan rasul2..tetapi tidak mengambil perjalanan nabi2 dan rasul2 iaitu mengunakan ilmu agama untuk menyeru manusia mengenal Allah (makrifatullah),menyerukan manusia supaya hanya menyembah Allah, hanya menyintai Allah...dan tidak ada tujuan lain ibadah kita,hidup kita, mati kita, solat kita hanyalah untuk Allah swt....inilah ikrar kita dalam solat....KETUNDUKAN DAN KEPATUHAN YANG TOTAL dengan Allah tanpa ada satu zaarah pun keraguan.......
Apakah ada ulama' menyeru ke arah ini? seruan ini hanyalah dapat dilakukan sekiranya ULAMA tersebut ada CINTA DAN KASIH SAYANG pada manusia yang JAHIL.....tegur dan nasihat demi kasih sayang...bukan untuk perpecahan...jadi pada saya, untuk kita tidak terus tersesat dalam perjalanan menuju Allah ini, wajiblah kita mencari seorang guru utk membimbing kita ke arah sana...tanpa panduan ini..kita akan mudah tersesat. Ibaratnya perjalanan untuk ke Mekah mempunyai sejuta jalan...tanpa panduan peta,signborad @ orang yang memandu kita ke mekah..pasti kita akan tersesat ke negeri lain. Perlahan-lahanlah sama-sama kita belajar ilmu yang membawa ke alam yg lebih kekal.

AnakMerdeka said...

Terimakasih saudar Anon.

AM amat bersetuju dengan pandangan saudara anon.

Malangnya, orang ramai yang tak berapa cerdik (termasuk AM) seringkali keliru dengan 'penampilan' seseorang yang mengaku alim, lantas dengan mudah terperdaya dengan hujah-hujah mereka.

Memang betul kita wajib belajar dari guru (bukan hanya berpandukan kepada bahan bacaan). Malangnya ramai yang mengaku dirinya 'guru' dan alim, sehinggakan kita sering terpedaya.

www.anak2merdeka.blogspot.com

adi driver said...

Halo, salam

sekali sekali cerita pasal jalan raya lah. semua orang cerita politik. Jalan raya hari hari orang guna, ramai yang tidak patuh kepada undang undang. lebih bahaya daripada Politik dan menghisap rokok.

rosnani said...

salam
setuju dengan adi driver
kadang2 manusia suka tengok salah orang tapi tak suka tunjuk kelemahan diri sendiri. Salah orang nampak, salah diri sendiri tak perasan pun. Macam bawa kereta, moto cilok2 kita marah, padahal kita nak tukar lane pun selalu tak bagi signal...last2 accident...moto juga yang dipersalahkan....

Anonymous said...

Saudara AM, kita dianugerahkan akal fikiran utk menilai dengan ilmu yg telah terbentang di hadapan kita. Quran dan Hadis merupakan jawapan yang paling tepat utk dijadikan rujukan utk menilai keilmuan seseorang ulama'. Jika benda yang ulama@alim itu bertentangan dengan Quran dan hadis, maka wajib kita kena tolak...mudah dan senang. Siapa tolak apa yg terkadung dalam Quran dan Hadis, maka wajib kita kena jauhkan diri kita samaada dari ulama PAS atau UMNO atau ulama BERKECUALI.
Saudara adi&rosnani,
Itulah hakikat diri manusia yang lemah,dhaif,fakir dan berhajat dengan Allah swt dlm setiap masa dan keadaan. Tidak kiralah berada di jalan raya ke, berada dlm masjid ke, berada dlm solat ke, berada dlm pentadbiran dan pemerintahan ke...semuanya ini pasti melalai dan melekakan kita dlm ingatan pada Allah swt.
Sebab itu kita dituntut membaca doa (ingat pd Allah dgn pohon keselamatan) sebelum bawa kenderaan agar kita tidak melanggar orang atau dilanggar orang. Kita diminta bersolat agar buah pada solat itu ialah "mencegah kamu dari perbuatan jahat dan maksiat"(ini dlm Quran Allah berkata). Siapa solat betul2 insyaAllah akan melahirkan manusia yg berakhlak di jln raya atau dimana sahaja dia berada. Saya yakin dan percaya, barangsiapa benar-benar menurut perintah Tuhan pasti setiap gerak diamnya akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa dalam jagaan Allah swt.Baik dlm percakapannya dan perbuatannya.

Namun ketahuilah bahawa utk mengamalkan itu semua memerlukan pertolongan Allah swt. Iyyakanak budu waiyya kanas tain < kepada-Mu kami dan kepada-Mu kami mohon pertolongan > inilah bacaan makna fatihah yg selalu umat islam baca dalam solat.

Kepatuhan kepada Allah menjamin kepatuhan manusia kepada undang-undang manusia.....nak sombong pun malu dgn Tuhan...sebab tahu sape diri....

Anonymous said...

sila ke http://catatanhamba.blogspot.com utk meneruskan pengembaraan.....

AnakMerdeka said...

Persoalannya Anon, berapa ramai antara saudara-sarudara kita yang boleh 'menapis' apa yang diperkatakan oleh orang yang mengaku alim itu?

Orang macam Anon mungkin tak ada masalah tetapi bagaimana dengan orang-orang yang kurang arif, anak-anak muda yang baru nak berjinak-jinak mendengar ceramah agama dan orang-orang kampung yang memang jahil tentang agama? Maka bulat-bulat lah mereka kena perdaya.

adidriver dan rosnani, cerita pasal jalan raya telah banyak ditulis masa dekat-dekat nak raya hari tu. Mungkin adidriver dan rosnani terlepas pandang..

anyway thanks kerana menunjungi blok anak2merdeka.

Anonymous said...

Punca:
1)utk ANAK-ANAK MUDA
SIAPA YANG MENTADBIR SISTEM PENDIDIKAN ANAK DI SEKOLAH?
APA SILIBUS YANG MEREKA GUNAKAN?
ILMU MANA YANG PERLU WAJIB BELAJAR DAHULU SEBELUM BELAJAR ILMU AKADEMI?
2) orang2 kampung DAN ANAK2
SIAPA YANG MENTADBIR MEDIA MASSA?
APA PROGRAM YANG MEREKA SEDIAKAN/SAJIKAN?
APA PROGRAM YANG MEMBANTU MINDA DAN KNOWLEGDE MEREKA?

semua ini siapa yang bertanggungjawab?pemimpin ke..atau kita orang biasa yg tiada jawatan?salah siapa sebenarnya?
Bercerita pasal politik bagi saya (walaupun saya kurang dengan politik, UMNO dan PAS sama sahaja..cuma pada saya PAS ok dalam 10% sahaja berbanding UMNO.Semuanya tujuan KEDUNIAAN. sedikit sahaja yang ikhlas berjuang untuk mempekenalkan Tuhan dan menegakkan hukum Tuhan.

rabbani said...

salam Anon dan AM serta peminat2 AM yang lain. Pendapat saya lebih baik ok 10% daripada buruk 10%. Apa yang diperjuangkan oleh PAS sangat jelas, keislaman yang dimahukan...agenda yang tersirat siapa yang tahu. Sekurang2nya kita tahu kita perlukan sebuah negara yang mempunyai dasar Islam yang jelas, supaya gejala2 sosial yang melanda negara dapat dibanteras. Mungkin tidak dapt dihapuskan 100% tetapi cukuplah jika kita dapat kurangkan dan dapat membendungnya daripada terus berleluasa, lama kelamaan Insya Allah akan terus terhapus. Walaupun nampak mustahil tetapi jika kita mengusahakannya dengan bersungguh2, tentu akan ada hasilnya. Sejarah telah membuktikan , walaupun anak seorang nabi pun tetap tidak terselamat daripada hukuman Allah jika tidak mengamalkan agama Islam. Jika kita terus membiarkan diri kita dihanyutkan oleh duniawi, maka tidak mustahil Malaysia boleh jadi seperti negara2 lain yang dilanda bencana. Tunggu dan lihat sahajalah.
Semojga kita terus faham, Dasar Islam hanya boleh tercapai jika kita benar2 mengamalkan ajaran Islam.

Anonymous said...

Betul rabbani....
dalam konteks skrg..sokonglah mereka yang yang siang dan malam mengabdikan diri kepada Allah untuk melaksanakan dan meninggikan agama/hukum Allah swt...bab niat mereka berjuang kerana apa..itu serah pd Allah krn Allah sahaja yg tahu niat seseorang itu berjuang dan bekerja....
dari segi fizikal dan syariat..kita perlu sokong mereka ini....10% lebih baik....

SAHABAT-SAHABAT AM