Thursday, October 8, 2009

Jangan Tak Tahu, Ada Judi Yang Halal...


Semua orang termasuk budak kecil pun tahu, judi itu haram disisi islam. Tetapi sejauh mana penghayatannya?

Kita biasa nampak yang menikam ekor itu sebagai kaki judi dan yang ke kasino itu juga bermain judi. Tetapi adakah kita tahu, sejak kecil kita telah didedahkan dengan permainan (game) yang berunsur judi?

Dulu masa AM kecil kecil, terutama pada bulan puasa, 'tikam-tikam' sangat popular. Ada yang hadiahnya duit dan ada yang hadiah barang permainan dan tidak kurang juga yang ada hadiah bunga api atau mercun. Tetapi nampaknya sekarang, tikam-tikam tidak lagi dijual dikedai-kedai runcit seperti dulu. Jadi anak-anak kecil tidak lagi terdedah dengan game yang berunsur judi. Jika tidak, habis wang belanja sekolah digunakan untuk membeli tikam-tikam.

Sedar atau tidak sebenarnya perjudian untuk kanak-kanak masih lagi berluasa, tanpa ada bantahan dari ibubapa. Tetapi bukan tikam-tikam. Kanak-kanak sekolah memasukkan RM1 kedalam mesin yang menawarkan hadiah permainan yang bernilai tidak lebih dari 20sen. Itupun ramai kanak-kanak sukakannya. Bila AM tanya pada seorang budak sekolah kenapa main benda tak berfaedah itu, dia kata saja-saja, sebab best. Biasalah budak-budak, kalau tak 'best' mana dia nak lakukan.

Bila AM tanya kepada pemilik kedai yang menyediakan permainan tersebut dikaki lima kedainya, (memula dulu ada dua sahaja, sekarang sudah bertambah-tambah) dia kata,

"ini bukan judi maa, ini main-main punya"

Kalau bukan judi apakah namanya itu? Tak tahulah kalau ada yang mengatakannya sebagai bukan judi. Masukkan duit, kemudian tunggu nasib dapatkan barang yang lebih berharga. Yang nyata rata-rata yang diperolehi hanyalah barang-barang tak berharga.

Sekurang-kurangnya orang dewasa berjudi dengan hasil titik peluh mereka sendiri dan dalam keadaan sedar bahawa mereka sedang berjudi. Dosa pahala itu antara mereka dengan tuhan. Itu kes lain.

Malangnya kanak-kanak yang dibekalkan duit belanja oleh ibu bapa untuk membeli makanan, tetapi tanpa disedari olehnya sendiri dan tidak diketahui oleh ibubapa, telah menghabiskan duitnya untuk berjudi. Tidak hairanlah jika dewasa nanti, sikap suka berjudi sudah sebati dengan jiwa anak-anak kecil ini.

Siapa yang peduli tentang perkara ini?

2 comments:

Unknown said...

Sy akan peduli.. insyaAllah tak kan bagi anak anak main judi ini.

Hamidah

Unknown said...

Sy akan peduli.. insyaAllah tak kan bagi anak anak main judi ini.

Hamidah

SAHABAT-SAHABAT AM