Monday, October 5, 2009

"Kalau Menang, Saya Akan Mengenali Masalah" - Calon PAS

Kadang-kadang cakap orang politik memang melucukan.

Calon PAS di Bagan Pinang dilaporkan berkata bahawa dia akan 'mengenali' masalah penduduk di Bagan Pinang jika ditakdirkan dia menang pilihanraya kecil 10hb Oktober ini.

Orang yang berniat untuk bertanding dalam sesuatu pilihanraya, sepatutnya sudah cukup kenal dengan apa yang rakyat setempat mahukan dan apa masalah yang sering dirunguti oleh masyarakat setempat. Bukan baru nak mengenali masalah yang mungkin ada. Berapa lama untuk berkenal-kenalan dengan masalah rakyat? Cukup lima tahun? Bila masa pula nak mula buat kerja?

Kita lihat di negeri yang diperintah oleh pembangkang, wakil rakyat mereka bukan sahaja tidak mengenali masalah rakyat, malah mereka sendiri tidak mengenali diri mereka sendiri, bahawa merekalah pentadbir waktu ini. Mereka asyik mencari kesalahan pentadbir terdahulu sehingga lupa menjalankan tanggung-jawab seperti yang mereka janjikan semasa berkempen pada pilihanraya yang lepas.

Di Kelantan yang sewajarnya mereka talah mengenali secara mendalam masyarakat yang telah mereka tadbir selama lebih 20 tahun, tidak ada juga pembangunan yang dilakukan untuk rakat. Jadi apa yang diharap dengan orang yang baru nak berkenal-kenalan dengan masalah rakyat?

Jadi kepada rakyat Bagan Pinang, jadikanlah pengalaman saudara-saudara kita yang berada dibawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang sebagai panduan untuk memilih wakil. Jika kerajaan negeri yang mereka sendiri perintahpun wakil mereka gagal melaksanakan tanggung-jawab, inikan pula dalam DUN yang kerajaan negerinya diperintah oleh BN. Jangan cari nahas...

9 comments:

Cetusan said...

kenali masalah..saja??

AnakMerdeka said...

Itupun kalau sempat :)

Kang nasir said...

utk kebaikan,
carilah utk kebaikan ummah.
perbalahan ANTARABANSA melayu tidak akan menguntungkan bangsa itu.

AnakMerdeka said...

Setuju dengan KangNasir..

rosnanie said...

Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Oct 06, 09 | 6:03:42 pm MYT
TELOK KEMANG, 6 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

"Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh."

"Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan," kata beliau.

Idris juga menjemput Muhyiddin dan juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut memperkecilkan pembangunan di Kelantan melawat negeri itu.

"Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu."

"Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

"Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa," kata beliau.

Menurut Idris, beliau sengaja tidak mahu mengemukakan statistik untuk menyedarkan Muhyiddin kerana beliau tidak yakin Timbalan Presiden Umno itu sanggup mendedahkan statistik tentang kadar kemiskinan di negara ini.

"Jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 menunjukkan dengan jelas bahawa bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan."

"Muhyiddin buat apa ketika statistik itu dinyatakan di Dewan Rakyat? Tidak datang ke dewan? Tidur?" beliau mempersoalkan.

Berdasarkan jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat itu, Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

"Ketika perdana menteri memberikan statistik itu, Terengganu, Perak dan Kedah semuanya berada di bawah pemerintahan BN.

"Lebih buruk lagi, statistik itu juga menunjukkan BN sengaja membiarkan Sabah dan Sarawak mundur sedangkan rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling setia dengan BN," kata Idris.

Beliau walau bagaimanapun yakin rakyat di Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan sikap bodoh sombong kedua-dua pemimpin itu. _

DPR said...

rakyat kelantan kaya..negeri je yang miskin..rakyat depa bertaburan di serata Malaysia berniaga & berjawatan tinggi dalam sektor kerajaan & swasta..dah depa suka negeri depa macam tu..lantak depa la..DPR dah jemu dengan isu usaha BN nak tawan kelantan..lagi 1DPR tak setuju dengan kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang mengaitkan kemunduran dengan Kelantan walaupun hakikatnya kelantan mmg terkebelakang sedikit dari arus permodenan negara tetapi tak perlu dijaja dalam kempen mana2 kempen PRK..berapa ramai rakyat kelantan di N9?sedikit sebanyak dah melukakan hati orang kelantan..walaupun menang di bagan pinang,tapi hakikatnya BN akan terus dibenci rakyat kelantan di seluruh Malaysia (yang mempunyai kuasa mengundi) dan tak mustahil PRU 13 terlingkup habis dengan gua musang sekali!...berkempenlah dengan tidak menyentuh hati mana2 pihak walaupun hakikatnya politik itu asam garamnya adalah sepak terajang.

p/s:duduk kelantan 2 tahun..faham sedikit sebanyak isi hati orang sana.

AnakMerdeka said...

Setahu AM, rakyat seluruh negara pasti bersetuju dengan kenyataan bahawa negeri Kelantan adalah negeri mundur. Itu bukan fitnah atau tuduhan melulu.

Dan kalau rosnanie tidak tahu, diamana-mana sahaja di Malaysia ini ada orang Kelantan mencari rezki, kerana di Kelantan terlalu kurang peluang pekerjaan.

Jika betul Kelantan maju, syukurlah. Kita pun berharap begitu. Mungkin Muhyiden tidak membuat kajian sebelum membuat kenyataan kut.

Yang AM tahu, beliau hanya menjawab tuduhan Salehudin Ayob bahawa Port Dickson mundur dibawah pentadbiran Isa semasa menjadi Menteri Besar N9. Jadi Muhyidin dan Isa minta Salehuddin bandingkan Port Dickson dengan Kuala Kerai iatu kawasan Parlimen Salehuddin Ayob sendiri. Kenapa boleh pergi ke Pagoh lak?

Hakikatnya, siapakah yang merasakan 'kemajuan' yang dimaksudkan itu? Adakah seluruh rakyat Kelantan bersetuju bahawa Kelantan (Kuala Kerai) adalah negeri/kawasan maju?

anakbulan said...

sejauh mana kemajuan daripada perspektif AM? Adakah perlu ada bangunan pencakar langit baru boleh dikategorikan sebagai maju? cukup ke bangunan pencakar langit tetapi duit rakyat yang digunakan. Soal antara salahudin dan muhyidin, itu adalah provokasi ahli politik semata2. Tak perlulah kita orang bawahan yang tiada apa2 kepentingan dalam parti ikut sama macam mereka. Negeri kelantan kalu dilihat secara luaran mungkin tiada apa yang boleh dibanggakan, tiada bangunan cantik2 basar2 yang boleh dibanggakan tetapi cukuplah sekadar kita tahu kelantan merupakan satu2 nya negeri yang mempunyai hutang yang paling sedikit. Tak perlulah kita nak bandingkan dengan negeri lain yang ada bangunan besar2, shopping2 complex yang merata2, jika semuanya hanya meningkatkan kadar sosial di kalangan remaja dan tidak ketingalan orang2 yang merasakan mereka sudah cukup dewasa.

Jika kita bandingkan pula pembasar2 di kelantan terutama ulamaknya yang selalu dikutuk2 oleh saudara AM dengan pembesar2 negara lain, macam langit dan bumi. Ulama yang ddikutuk2 itu tidak pernah meninggi diri, sampaikan walaupun sudah berbelas tahun memerintah, masih lagi kekal dirumah papan, sedangkan pembasar di negeri2 boleh membuat istana dan banglo yang bernilai puluhan juta. Secara logiknya, dari manakah duit yang diperolehi untuk membuat istana yang berjuta2 itu?

DPR said...

anak bulan...ketika DPR di Kelantan dahulu DPR amatlah selesa walaupun tak semaju bandar yang lain.tapi secara rialistiknya pembangunan kelantan amatlah perlu.pembangunan bukanlah faktor utama masalah sosial..di kelantan pun walaupun tiada bangunan pencakar langit (yang tertinggi Billion barang kali) tetap juga wujud masalah sosial (teruk juga barangkali) termasuklah dadah,pelacuran,gengsterisme,judi dll..kelantan kena terus membangun & kena terus berimejkan Islam kerana DPR salute peniaga melayu kelantan yang berjuang dalam perniagaan hingga memonopoli perniagaan (kedai makan,kedai runcit semua sepet punya) di kampung DPR..so,moral the story..PRU 13 pangkah lah parti Islam Melayu yang betul2 membawa pembangunan kepada kelantan yakni ameno (hamPAS&pkr keluar parti joint ameno,bersatulah kita orang Islam) & kekalkan keIslman ameno di bumi kelantan..jika terpesong lingkupkan saja pada PRU 14...Selamat Maju Jaya Saudaraku Rakyat Kelantan.

SAHABAT-SAHABAT AM