Saturday, October 24, 2009

Maka Halilintarpun Berdentum Membelah Bumi...

Rasanya baru dua tiga hari AM tulis berkenaan pemimpin-pemimpin PAS yang sangat pandai menyembunyikan pekong di dada. AM ibaratkan mereka itu orang yang menyembunyikan kesalahan yang mereka lakukan di sebalik serban dan jubah, hingga tidak boleh dikesan, berbanding dengan pemimpin UMNO yang sentiasa terdedah kepada pemerhatian umum. Apa juga kesalahan yang pemimpin UMNO lakukan, pasti tidak akan selamat.

Pelik dan tersangatlah melucukan.

Mula-mula mereka timbulkan Kerajaan Perbaduan. Kemudian 'sibodoh' UMNO ini sambutlah dengan senyum simpul dan berbesar hati dengan tangan terbuka, menyambut salam perpaduan itu. Tub-tub mereka menarik balik salam berkenaan, sehingga memaksa Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan perpaduan hanya akan berlaku jika ada sikap hormat menghormati antara kedua pihak, dan pemimpin PAS diminta menjaga hati ahli-ahli UMNO terlebih dahulu.

Mungkin kerana berat sangat 'syarat' yang Datuk Seri Najib berikan, cadangan hanya tinggal cadangan. Dan dalam muktamar agung PAS yang lalu, mereka sebulat suara menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Maka kehidupanpun diteruskan.

Tiba-tiba tidak ada angin, tidak ada ribut, Nik Aziz kelihatan sungguh marah dan meminta satu Muktamar Agung Khas diadakan untuk menendang keluar pemimpin yang pro-UMNO, termasuk Presiden PAS, Setiausaha Agong mereka, Dato Mustafa Ali, dan Pasuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali.

Punca kemarahan 'mufti' PAS ini ialah, setelah membaca tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam kolumnya di Sinar Harian yang mengkritik kepimpinan PAS. Besar sangat rupanya 'power' Dr Aziz sehingga berjaya mengoncang iman tok guru Nik Aziz.

Maka seperti biasa, bila Nik Aziz bersuara, akan bergegarlah dunia bak disambar halilintar. Semua pihak akan senyap sunyi dan tidak mampu bersuara. Seperti juga bila ramai pemimpin utama mereka bersetuju untuk menjalinkan perpaduan dengan UMNO, tetapi bila Nik Aziz kata "NO" maka semua kena akur.

Diketika mereka senyum sinis berkata,

"UMNO mengakui memang ada rasuah dalam parti itu (UMNO) sebab itu mereka adakan Pehimpunan Agung Khas untuk membendung gejala rasuah", rupa-rupanaya PAS kini sedang menghadapi krisis kepimpinan yang maha besar, sehingga mereka juga terpaksa mengadakan EGM untuk menyelesaikannya.

Kekadang terfikir, siapa sebenarnya presiden PAS? Hadi Awang atau Nik Aziz?

2 comments:

Musafir Kelana said...

apa ni...meeting tergempar pn tak boleh ke?salah ke meeting? berat benar cara berfikir....itu pun ISU?

http://catatanhamba.blogspot.com

DPR said...

Yang Mulia Tidak Boleh Disentuh Datuk Seri Anwar Ibrahim rasanya presiden PAS...kalau salah AM tolong betulkan ya...

SAHABAT-SAHABAT AM