Friday, October 16, 2009

Mentaliti Orang UMNO Tidak Akan Berubah?

Semasa berjalan menuju kereta yang AM parking jauh dari PWTC, AM ternampak penguatkuasa DBKL sedang sibuk mengalihkan kenderaan yang diletak di bahu-bahu jalan. Situasi biasa bila adanya sesuatu majlis. Orang melayu hendak mudah. Kalau boleh mereka nak parking kereta dipintu masuk majlis yang mereka hadiri.

Diperhimpunan yang lalu, AM nampak banyak saman dikeluarkan oleh polis traffic dan DBKL yang diletakkan di cermin depan kereta. Mungkin saman tidak berkesan. Mereka yang terlibat mungkin merasakan mereka boleh bayar saman. Ala bukan sampai RM500 pun. Paling tinggi pun mungkin RM150.

Kali ini polis traffic dan DBKL bertindak dengan lebih drastik dengan mengalihkan kenderaan-kenderaan yang diletak sewenang-wenangnya di tepi jalan, hingga mengaggu lalulintas. AM terdengar ada orang di belakang Am berkata,

"apalah DBKL ni, kereta orang UMNO pun mereka nak tarik, bukan selalupun.."

AM berkata dalam hati,

"orang UMNOlah sepatutnya lebih berdisiplin. Kena tunjuk kepada orang lain yang orang UMNO sentiasa mematuhi undang-undang. Kenapa, kalau orang UMNO tidak perlu patuh kepada undang-undang ke? Kalau macam tu, tak ada bezanyalah orang UMNO dengan pembangkang yang sentiasa melanggar undang-undang"

Kesimpulan yang AM dapat ialah, walau apapun undang-undang dan pindalah perlembagaan (bertujuan untuk mendisiplinkan ahli UMNO),jika sikap kita masih tidak boleh diubah, maka undang-undang akan hanya tinggal undang-undang.

7 comments:

Musafir Kelana said...

takkan berubah selagi DASAR PERJUANGAN TIDAK BERUBAH....

DPR said...

ini mengenai sikap...attitute...sama sahaja melayu di mana2..baik pas..pkr..(tak semua,ada yang baik)...walaupun perjuangan baik tapi ada yang lagi hampas melanggar undang2...kena ubah diri sendiri dulu lah.

Musafir Kelana said...

bilamana halatuju hidup kita sudah tidak betul maka jalan-jalannya,perbuatannya,cara hidup,cara kerja dan semuanya akan tidak betul....
matlamat hidup seorang yang bergelar HAMBA ALLAH biarlah jelas dan betul.....

AnakMerdeka said...

al-fakir, AM minta maaf.

AM bercakap tentang ahli UMNO bukan bermaksud ahli PAS dan penyokong pembangkang yang laing sungguh baik mentalitinya dan menghormati undang-undang.

AM menegur ahli UMNO kerana ada ruang untuk diperbetulkan dan diperbaiki.

Dan malang bagi penyokong pemgangkang, yang AM tidak mengharapkan sedikitpun perubahan kerana mentaliti mereka masih berada di tahap paling rendah kalaupun tidak menjijikkan.

Tanyalah kepada diri sendiri dan penyokong pembangkang, pernahkah sesaat mereka menghormati dan menjujung keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang?

Musafir Kelana said...

Saudara AM,
saya tertarik kepada pernyataan penyokong. Memang saya tidak nafikan dikalangan penyokong pembangkang dan kerajaan mempunyai mentaliti yang teruk dan kemungkinan lebih teruk dari sifat kehaiwanan.....(maaf terpaksa cakap).
Mari kita renung..apa makna penyokong dan apa makna pendokong.
penyokong dan pendokong kepada satu perjuangan yang ada satu matlamat.Satu perjuangan untuk meninggikan hukum Islam dan satu perjuangan untuk memartabatkan kebangsaan. Apa tindakan mereka ini untuk mencapai cita-cita tersebut?
Berbalik kpd penyokong dan pendokong yang mempunyai definasi yang jelas berbeza. Renung,tgk dn nilai orang nombor 1 dlm satu parti.Akhlaknya,cara hidupnya,percakapannya,perbuatannya..ahli ahli keluarganya...ada beza tak PAS dan UMNO? Bagi saya,
disebabkn kejahilan dan bodohan penyokong PAS,mereka yang masih tidak menjaga akhlak,adab,tidak solat,hisap dadah,hisap gam,seks bebas,tidak melaksanakan perintah Allah...mereka ini masih belum faham apa itu perjuangan ISLAM. Mereka perlu ditarbiyah dn didik sehingga menjadi yg "MENDOKONG". MEREKA YG MENDOKONG SHJ AKAN MEMPUNYAI AKHLAK DAN MENTALITI YANG BENAR DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM.Ini tugas yg amat besar dan berat bg pemimpim PAS.
Penyokong dan PENDOKONG UMNO?apa yg mereka tak buat?dari penyokong bawahan sampai PENDOKONG (PEMIMPIN ATASAN).....
"POLITIK-POLITIK-POLITIK"...KESIAN SUNGGUH SAYA TGK MEREKA YG MENGUNAKAN POLITIK UTK KENYANGKAN PERUT,KUMPULKAN HARTA,MENYUBURKAN KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN DLM HATI,MENGHALANG HUKUM ISLAM DILAKSANAKAN.....DAN GEMBIRA SAYA TGK ORANG MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK MENGEMBANGKAN DAKWAAH ISLAM,MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM,MEWUJUDKAN SUASANA DAN BUDAYA ISLAM, MEMBAIKI AKHLAK-AKHLAK REMAJA DENGAN PROGRAM-PGRAM BERUNSUR MOTIVASI KETUHANAN/KEISLAMAM.....PAHALANYA SANGAT BESAR WALAUPUN DIPENJARA,DICACI,DIMAKI,DIHINA,DITUDUH GILA,..INILAH PERJALANAN PARA NABI DAN RASUL YG TIDAK PERNAH DIAM DGN UJIAN MANUSIA DISEKELILING DEMI MELIHAT UMAT MANUSIA TERUS MENERUS SESAT DAN MENJADIKAN NAFSU,PANGKAT,HARTA SEBAGAI TUHAN MEREKA.
Bersyukur kita hari ini..berkah ulama2 terdahulu..kita hari ini tidak menyembah MATAHARI ATAUPUN BATU......

rabbani said...

bak kata pepatah... "guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".... -guru itu adalah pendokong, anak murid itu adalah penyokong- pendokong makan rasuah, penyokong pun makan rasuah jugak, tapi penyokong kesian la, sebab rasuah yang dimakan cuma sen-sen je sedangkan pendokong rasuah juta2

Anonymous said...

Kalau rasuah, bungu orang dan ugut pun umno tak takut apa sangat la kena saman trafik lagi la umno tak takut...nampak sangat orang umno ni sambong........

SAHABAT-SAHABAT AM