Sunday, October 4, 2009

Pemuda PAS Nafi Penyokong Serang Pemimpin UMNO - Ustaz Nasarudin Hassan

AM pun tak harap beliau akan mengatakan,

"Ya, memang pemuda kita serang pemimpin UMNO"

Persoalannya sejauh mana dia memang tak tahu perangai buruk pengikut parti pembangkang dan tindakan yang sering mereka lakukkan bila adanya sesuatu pilihanraya kecil? (malah setiap hari)

Ini adalah fakta yang rakyat kena tahu. Setakat membaca di akhbar mungkin kita boleh kata akhbar tipu. Sekali sekala pergilah ketempat-tempat yang diadakan pilihanraya kecil dan lihat situasi sebenar bagaimana agrasifnya penyokong-penyokong pembangkang terutamanya penyokong PKR bertindak seolah-olah ini negara ayah dan bonda mereka.

Apakah sebenarnya yang mereka fikir dah mereka kehendaki? Tidak cukup dengan mensensasikan berbagai isu, seperti undi pos dan penghundi hantu yang kononnya tidak memihak kepada mereka (walaupun telah terbukti bahawa banyak undi pos telah memberi kemenangan kepada calon mereka)mereka juga gemar menggunakan provokasi dan kekasaran terhadap penyokong dan pemimpin kerajaan. Akhirnya bila ditanya kepada pemimpin mereka, cepat-cepat mereka menafikan.

Jadi siapakah yang bertindak membaling penyokong kerajaan atau menggunakan kekerasan serta menayangkan duit kemuka pemimpin tersebut? Hantu?

Jika benar PAS tidak mendidik pengikut-pengikut mereka supaya bertindak seperti orang zaman batu, mereka seharusnya bertindak segera agar 'hantu-hantu' yang bertopengkan kopiah putih dan berjanggut serta melaungkan 'takbir' dari bertindak bodoh dan memalukan nama baik parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.

3 comments:

DPR said...

apalah sangat menumbuk orang UMNO..dulu di K.trengganu depa bakaq bendera Jalur Gemilang...Panji Negara kita 2..setakat tumbuk,provokasi melampau apa lah sangat...dasyat pada tu depa bulih buat..

AnakMerdeka said...

Memang pun, tapi yang seronoknya mereka baling batu kemudian sorok tangan.

Rupa-rupanya Tok Guru lupa nak ajar anak buah mereka agar jangan bersikap bacul. Berani mengaku dan bertanggung-jawab atas apa yang mereka lakukan. Itupun tuntutan Islam.

anakbulan said...

Cikgu AM dulu pun mungkin lupa nak ajar peribahasa ni kat AM

Kerana Mulut Badan Binasa

kadang2 lebih baik diam daripada bercakap. Jika perlu bercakap, biarlah yang memberikan faedah, bukan dengan berterusan menuding jari kepada orang lain.

mungkin perlu diingatkan lagi, satu jari tunjuk kat orang lain, 4 jari tunjuk kat diri sendiri

SAHABAT-SAHABAT AM