Saturday, October 3, 2009

Penyokong Pas Bagan Pinang ganas - Abdul Azeez

03/10/2009 5:36pm


PORT DICKSON 3 Okt. — Tindakan provokasi sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO mencemarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini.

Insiden sama turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

“Ini bukan budaya kita, ini budaya samseng,” kata Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita di luar Dewan MPPD sejurus insiden berlaku.

Abdul Azeez, yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, kesal dengan insiden yang beliau sifatkan paling teruk pernah dialaminya sejak mengikuti 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong Pas melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita.-Bernama

Samada Abdul Azeez tak pernah tahu atau menyangkakan situasi sedemikian sudah tidak akan berlaku lagi, AM tak tahu.

Sebenarnya itulah jenis orang yang kononnya calon-calon ahli syurga. Itulah kononnya orang yang ingin mentadbir Malaysia. Itulah kononnya orang yang ingin menegakkan hukum islam di Malaysia.

Nak tadbir nafsu dan sikap buruk diri sendiripun mereka tak mampu, ada hati nak mentadbir negara.

7 comments:

Cetusan said...

yang guna kekerasan fizikal itu sokong masukkan ISA setahun..jangan jamin..baru baguzz.. sesiapa yang tak serik boleh buat lagi meniru mereka yang berada di dalam ISA.. bolehbuat tak??? tak kira mana-mana penyokong..ADiL kan??

AnakMerdeka said...

Jika semua jenis kesalahan atau kekerasan seperti yang dilakukan oleh penyokong pembangkang hendak ditahan di bawah ISA, maka penuhlah kem-kem tahanan seluruh Malaysia.

Bukan semudah itu ISA digunakan. Banyak lagi akta polis boleh digunakan untuk menangani jenayah 'kampung' seperti itu.

DPR said...

ni lah bahayanya bila pemimpin atasan depa dah duk mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kekeliruan terhadap UMNO...dah tak rasa dah yang depa duk maki hamun tu saudara seagama...ni dah sampai tahap memukul..kalau tak dak pihak berkuasa seperti polis dah lama dahhh mati..

AnakMerdeka said...
This comment has been removed by the author.
AnakMerdeka said...

Bukankah tok guru ada kata tuhan juga mencarut jadi kita pun boleh mencarut.

Mungkin dia pun kata "Allah seksa makhluknya dalam neraka" jadi mereka pun nak ikutlah apa yang Allah lakukan terhadap makhluknya.

So interesting ajaran agama Nik Aziz...

rosnani said...

RM 1000 untuk gambar Abdul Azeez ditumbuk
Harakahdaily
Tue | Oct 06, 09 | 11:59:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini._

rosnani said...

tolong klik

http://isuhangat.blogspot.com/2009/10/gambar-azeez-ditumbuk-penyokong-pas-di.html

SAHABAT-SAHABAT AM