Thursday, October 15, 2009

Perlukah Khairy Jamaluddin Terus Dibenci?


AM lihat di sana sini, orang seperti terlalu benci bila mendengar nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Jangan kata, blog penyokong pembangkang, blog-blog penyokong kerajaan dan dikedai-kedai kopi,tidak habis-habis orang bercakap tentang Khairy. Orang kata dia rasuah dan dia mempengaruhi segala dasar yang dibuat oleh Tun Abdullah, semasa bapa mertuanya itu menjadi PM.

AM sehingga kini tak pernah ditunjukan samada bukti bertulis atau hukum logik, pengelibatan Khairy secara direct dengan rasuah politik apatah lagi mempengaruhi seorang Perdana Menteri membuat keputusan.

Untuk mencari kebaikan, yang lepas biarlah lepas. Yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sepadan. Samada akur atau terpaksa, Pak Lah telah pun melepaskan jawatannya. Khairy juga telah dihukum dengan tidak diberi sebarang jawatan dalam kabinet.

Mengapa kita masih membenci Khairy dan mengasingkannya, sedangkan dia mungkin mempunyai pengetahuan dan idea yang lebih bernas untuk memacu pemuda ke arah kegemilangan?. Kadang-kadang kasihan melihat dia seperti kera sumbang. Dia seperti pinggirkan sedangkan dia adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Setakat dia tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet Datuk Seri Najib, rasanya tidak mengapa lagi, kerana masanya masih terlalu panjang. Dia masih muda. Tetapi sejauh manakah penerimaan pemuda UMNO dan UMNO itu sendiri terhadap Khairy.

Tidak dapat dinafikan, kita dalam proses untuk menghapuskan gejala rasuah dalam UMNO sehingga ke akar umbi. Proses ini akan berterusan dan tidak boleh berhenti separuh jalan. Jika kita pandang jijik kepada Khairy, kita sepatutnya lebih jijik memandang perbuatan rasuah itu. Khairy Jamaluddin hanya ada seorang disitu. Tetapi yang mungkin bekerja untuk Khairy samada disuruh atau tidak, dan yang 'kenyang' dengan duit Khairy, rasanya tidak terhitung oleh jari.

Adakah kita pasti, jika kita masukkan Khairy Jamaluddin ke dalam guni, dan humbankannya ke dalam laut, maka gejala rasuah tidak akan berlaku lagi di dalam UMNO? Jika 'YA' marilah kita sama-sama lakukannya.

Jika kita benci rasuah, sedari awal lagi sepatutnya kita berikan penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya perwakilan-perwakilan yang diberi tanggung-jawab untuk mengundi tentang besarnya dosa mengambil rasuah. Mengapa kita terlalu marah kepada orang yang memberi sedangkan orang yang menerima dan 'meminta' dibiarkan terus bebas?

AM tak kata Khairy Jamaluddin itu baik, tetapi jika ingin melihat UMNO terus kelihatan gagah dari segenap penjuru maka sepatutnya Khairy diberi peluang untuk menebus dosanya, dan terus membuat kerja sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal ini atau sehingga pilihanraya ke-13.

Banyak lagi kerja yang harus dilaksanakan oleh Pemuda UMNO. Banyak lagi agenda yang belum terlaksana. Langkah mesti seiring dengan sayap wanita dan puteri. Kita tidak nanti wanita kuat, puteri kuat dan UMNO kuat tetapi pemudanya seperti bunga layu menunggu gugur.

Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Kadang kala kita tersandung lalu jatuh ke bumi dan kadang kala kita tergelincir dan bangun semula. Yang penting kita sedar akan kesilapan lalu dan menginsafinya. Yang penting bertaubat dan tidak melakukan lagi perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan rakyat.

9 comments:

DPR said...

ya btl AM,sian khairy tu...kpd perwakilan yang undi khairy teruskanlah sokongan kpd ketua anda & pihak mukhriz dll follow the leader..bkn untuk khairy tapi untuk orang melayu/islam kita...tak bagus buat kerja terlingkupkan saja pada pemilihan nanti..

hilbert said...

Salam AM,

Ya saya sangat setuju dengan pandangan saudara tentang Khairy Jamaluddin ni.

Sejak dari dulu saya hairan melihat banyak orang yang tidak selesa dengan Khairy tu... bagi saya lebih baik bagilah ruang yang secukupnya kepada beliau untuk membuktikan kemampuan dia berkhidmat...jangan terus dihentam sebarangan.

Bagi saya secara peribadi, saya melihat ada ketokohan pada diri YB Khairy ni untuk muncul sebagai pemimpin yang baik...ciri-ciri utama yang ada pada beliau ialah "sabar" dan tidak cepat melatah.

hilbert said...

eh AM, tadi terlupa nak tanya, ada gambar buah yang disebelah kiri tu buah apa yer ? belum pernah saya lihat...buah sampai keluar dipangkal pokok. Ada bibit ke ? hehe

anaklangkawi said...

pada saya cukupla..
mana tau dia berubah..

AnakMerdeka said...

hibert, itu buah durian. Gambar betul tu, bukan superimpose. AM dapat dalam internet.

Kalau kita ada pokok macam tu, satu pokok boleh makan satu kampung :)

Berkenaan Khairy, AM tidak bermaksud untuk mengatakan Khairy tidak bersalah. Apatah lagi untuk menghalalkan rasuah.

Tetapi ada sesuatu yang special tentang orang Negeri Sembilan (orang nogeri bro Ujang tu). Dulu Roslan Kasim join PKR, tetapi kemudian dia masuk balik dan sokong UMNO dari belakang. Kemudian Isa Samad. Dia kena gantung dari UMNO. Kalau orang lain tentu dah join parti pembangkang, tetapi dia terus bekerja untuk membantu UMNO dari luar.

Kini Khairy. Orang kata dia macam Anwar. Tetapi AM tak nampakpun begitu. Mungkin cara dia bercakap berapi memang macam Anwar. Tetapi perjuangan dia amat jelas, untuk membantu UMNO.

Dia masih muda dan masih kurang pengalaman dalam sepak terajang politik (agaknya). Berilah dia peluang sekali ini. Jika lain kali dia buat lagi perangai tak senonoh (sekurang-kurangnya itulah persepsi masyarakat terhadap dia) maka ramai-ramai kita terajang dia keluar.

Ekeng A/L Etong said...

Suka atau benci, berkenan atau meluat, KJ adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Betapa ramai lagi pemimpin UMNO yang dipilih oleh Perwakilan yang terlibat dengan politik wang tetapi terlepas hukuman? Namun pemimpin berkenaan terus diberi ruang dan peluang memegang jawatan tertentu serta diberi kepercayaan semua pihak.

Sewajarnya juga semua pihak perlu memberi peluang dan kepercayaan kepada KJ untuk terus memimpin Pergerakan yang menjadi sayap penting UMNO. Masakah beliau dapat berperanan sebaiknya kalau sokongan yang diberikan tidak jitu?

DPR said...

AM,ese org phg..namo yo ujang...idup Dato' Sri Najib! heh!

AnakMerdeka said...

Ooo ekao bukan orang Pilah ke Jang? :)

Sebenarnya AM terpengaruh dengan majalah Gila-gila masa kecik2 dulu. Dlam tu ada kisah Ujang.. kalau tak silap kata asal Pilah N9.

Emm majalah Ujang skg apa cite? Masih diterbitkan lagi ke?

DPR said...

masih ada di pasaran...saya pun dah stop collect sejak lebih 10 tahun..

SAHABAT-SAHABAT AM