Friday, October 16, 2009

Sejauh Mana Keramatnya Parti UMNO

Mungkin AM tidak cukup layak untuk berbicara tentang parti keramat tertua di dunia ini. AM baru menjadi ahli UMNO kira-kira empat tahun dahulu, apatah lagi AM pernah membenci, memaki dan menghina UMNO ketika AM berada dalam PKR.

Tetapi bagi orang yang cepat menjiwai apatah lagi menghayatinya, UMNO sebenarnya memang ada aura dan keramatnya yang tersendiri. Parti yang ditubuhkan lebih 60 tahun dahulu dan hampir kesemua tonggak utamanya telah pun meninggal dunia, UMNO masih lagi kekal utuh di bumi Malaysia ini untuk menjadi satu-satunya payung untuk orang-orang Melayu.

Malah PAS yang menjadi pesaing terdekat kepada UMNO, kelihatan masih tercari-cari hala tuju dan mencari identiti sendiri. Terbaru Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof mengatakan bahawa kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

AM tidak tahu fungis sebenar 'sayap' parti PAS, tetapi jika disamakan dengan sayap pemuda dan wanita, yang juga ada pada UMNO, bermaksud ahli sayap parti mempunyai hak yang sama dengan ahli yang lain, dan berhak dipilih sebagai pemimpin. Jika ini berlaku, sudah pasti nanti Presiden PAS atau setidak-tidaknya Ahli Majlis Tertinggi Pusat PAS, akan terdiri dari orang bukan melayu. Jadi parti PAS yang mungkin menjadi alternatif kepada orang melayu yang sudah tidak sebulu dengan UMNO untuk mencari tempat berteduh, tidak boleh diharpkan lagi. PAS bukan sahaja parti Islam, tetapi tidak mempunyai ciri-ciri parti orang Melayu.

UMNO yang pernah terpecah dua akibat krisis dalaman pada tahun 80-an, bila sebahagian besar pemimpin utama UMNO keluar parti dan menubuhkan Semangat 46, telah berjaya bangun semula, malah kesemua pemimpin Semangat 46 menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46.

Dalam mana-mana parti politik di dunia ini, jika pemimpin utamanya meninggalkan parti tersebut, kebiasaannya parti yang dinaungi itu akan hancur atau setidak-tidaknya akan menjadi lemah. Tetapi ini tidak berlaku kepada UMNO. Presiden pertama UMNO, Dato Onn Jaafar yang menjadi antara orang terpenting menubuhkan UMNO telah merajuk dan meninggalkan UMNO, tetapi UMNO tetap disitu dan semakin kuat. Parti Merdeka yang ditubuhkannya (seperti mana dia menubuhkan UMNO) langsung tidak mendapat sambutan, dan akhirnya dibubarkan.

Semasa pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, orang melayu berpecah lagi. Anwar telah berjaya meniupkan api kebencian terhadap UMNO. Tetapi pada pilihanraya ke 11 (2004) UMNO bukan sahaja menang, tetapi masih berjaya mengekalkan majoriti, malah dapat merampas semula Terengganu dari tangan PAS.

Tahun 2008 adalah tahun malang bagi UMNO. Tahun 2008 ramai pemimpin-pemimpin UMNO dari atas hingga pemimpin bawahan telah melanggar sumpah dan pantang larang UMNO. Ramai ahli dan pemimpin UMNO mensabotaj calon-calon UMNO sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO telah lupa janji keramat pemimpin-pemimpin terdahulu. Pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO hampir lupa kepada lafaz ikrar mereka untuk bersatu, bersetia dah berkhidmat. Orang UMNO tidak lagi bersatu, tidak lagi setia dan tidak mampu berkhidmat. Akhirnya UMNO nyaris-nyaris terhumban menyembah bumi.

Maha suci Allah yang masih menyayangi orang Melayu. Kini UMNO telah mendapat suntikan baru dengan wajah baru dan pemimpin baru. Perubahan demi perubahan untuk memastikan UMNO terus dekat dihati orang Melayu, telah dilakukan oleh UMNO. Memang ada suara sinis dari luar yang mengatakan, setakat ubah perlembagaan UMNO tetapi korapsi dan salah guna kuasa dalam kerajaan masih berlaku, tidak ada gunanya. Mereka lupa, bahawa UMNOlah yang menjadi kerajaan. Jika perubahan telah berlaku dalam UMNO, maka secara otomatik perubahan juga akan berlaku dalam kerajaan.

Maka pihak pembangkang terpaksa menunggu lama lagi untuk mengkafan dan menalkinkan UMNO.

11 comments:

Musafir Kelana said...

Sejarah akan berlaku dan akan berulang....tiada yang kekal di dunia ini...apa benda pun akan berakhir suatu masa nanti...tunggulah...jika masih diberi umur oleh Allah swt....TIADA YG MUSTAHIL BG ALLAH untuk melenyapkan terus sesuatu benda yang ada di alam ini....bukalah buku sejarah...apa yang masih kekal di alam ini sejak 2000ribu tahun yang lalu?

AnakMerdeka said...

Al-fakir,
2000 tahun itu satu jangka masa yang terlalu lama. Tidak ada buku sejarah yang boleh menulis sejarah yang berlaku seawal tahun 0001.

Satu-satunya 'atikel' yang boleh dipercayai, yang menceritakan sejarah lebih dari 2000 tahun ialah al-quran.

Bila AM kata UMNO akan kekal, bukanlah bermaksud kekal sehingga akhir zaman, kerana janji Allah, tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan Allah. Jadi pandai-pandailah mentafsir tulisan AM itu.

Apapun ada yang masih kekal sejak 'ratusan' tahun lalu, iaitu Orang Melayu. Selain dari itu, segala makhluk Tuhan semuanya masih kekal, kecuali dinasor.

Datuk Hang Tuah pernah berkata "Tidak Melayu Hilang Di Dunia". AM tak ingat tahun berapa dia berkata begitu, (kerana AM ada masalah untuk mengingati nombor). Dan dia betul. Orang Melayu masih kekal dan masih utuh dibumi Allah ini.

Golongan yang ingin melihat orang Melayu dan UMNO pupus didunia ini, bolehlah terus berdoa.

Musafir Kelana said...

Firman Allah swt yg bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujuraat:13)

Apa nilai bangsa di sisi Allah?
Apa nilai manusia di sisi Allah?
Kita semua berasal dari keturunan nabi Adam, Adam bangsa ape?
Apa yg kita dapat bila berjuang atas nama bangsa?

DPR said...

yang paling utama dijaga adalah negara..bila negara merdeka selamat makmur barulah 1 bangsa dapat mengamalkan ugama mereka dengan aman tenteram...puak2 ni, negara pun nak ditunggang terbalikkan..apa kes?

Musafir Kelana said...

Kujang, kita boleh menganut Islam hari ini bukan kerana ulama2 terdahulu membina negara terlebih dahulu...
renung dan baca semula sejarah perjuangan ulama di nusantara dan sejarah Rasulullah saw...apa yang beliau utamakan terlebih dahulu sehingga nenek moyang kita dulu beragama hindu bertukar kepada beragama Islam walaupun belum merdeka...
Skrg negara sahaja tetapi jiwa kita masih belum....fahami betul2 apa itu merdeka......

AnakMerdeka said...

Betul al-fakir,

nenek moyang kita dulu beragama hindu dan bertukar kepada islam, walaupun belum merdeka. Dan AM nak sambung,...walaupun masa itu belum ada PAS.

Jadi PAS jangan perasan bahawa merekalah yang paling islam.

Seperti kata ujang, jika tidak ada negara dan rakyat bagaimana agama hendak ditegakkan?

Dalam Islam pun ada mengatakan,

"janganlah kamu misikin, kerana kemiskinan itu hampir kepada kekufuran"

Jadi dimana salahnya jika kita menegakkan bangsa dan negara, agar rakyat hidup makmur dan sentosa, dan seterusnya boleh menegakkan agama islam?

Nabi Muhammad pun ketika berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah 'membina struktur' masjid Nabawi, kemudian baru baginda mengembangkan ajaran Islam, kerana baginda tahu, struktur (ketemadunan) itu penting untuk memastikan agama Islam boleh berkembang.

Nabi s.a.w tidak mengembangkan Islam dengan air liur semata-mata. Baginda menjadi contoh kepada umat. Baginda mengajar umatnya mencari rezki dengan berniaga dan membela binatang peliharaan. Baginda juga mengajar umatnya bagaimana untuk berdakwah.

Baginda tidak terus terjah dan memaksa orang jahiliah memeluk Islam. Tabiat terjah-terjah, herdik-herdik, maki hamun, menjatuhkan hukuman kafir kepada saudara Islam, hanya ujud dalam tamadun PAS sahaja.

AnakMerdeka said...

Sebut pasal bangsa, al-fakir sendiri yang keluarkan maksud ayat itu,

""Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujuraat:13)

AM nak jawab,
Jika bangsa itu tidak penting, Allah tidak akan menurunkan ayat berkenaan bangsa. Maksudnya, Allah jadikan manusia dengan 'bangsa'. Allah tidak kata 'bangsa islam.

Allah suruh kita mengenali bangsa lain, supaya kita dapat mempelajari kemahiran dan ilmu yang dimiliki oleh bangsa tersebut.

Jika 'bangsa' tidak penting, lebih baik Allah jadikan semua manusia dalam dunia ini dari satu bangsa yang serupa.

Ini bermaksud 'bangsa' tetap menjadi perkara penting yang dituntut oleh Allah kepada manusia untuk menguruskannya.

DPR said...

kujang al-fakir panggil saya..ish2..

Musafir Kelana said...

Ujang,
sorry ujang..silap typing..

AM
ulang soalan;
Kita semua berasal dari keturunan nabi Adam, Adam bangsa ape?

BUKA KITAB SIRAH NABI MUHAMMAD SAW SEMULA..CEK BETUL2..APA YG KALAM NABI AJAR DAHULU PADA MANUSIA JAHILIAH....


"LAAILAHAILALLAH,MUHAMMADULRASULULLAH"


catatanhamba.blogspot.com

rabbani said...

"LAAILAHAILALLAH,MUHAMMADULRASULULLAH"
Aku beriman sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu rasulNya

dengan ayat ini terus menggambarkan..hanya Allah dan rasul sebagai keutamaan kita bukannya sesuatu bangsa...maka tidak kira apa bangsa pun kita asalkan pegangan kita sama, kita adalah serumpun...dan sesungguhnya sesama Islam itu adalah saudara..

Musafir Kelana said...

Fahamilah...
LAAILAHAILALLAH itu adalah HAKIKAT
MUHAMMADULRASULULLAH Itu adalah SYARIAT
HAKIKAT KETUHANAN-Tiada disembah,tiada yg berKuasa,Tiada Hebat,tiada dimaksud,tiada yg dicintai MELAINKAN ALLAH.
SYARIAT NABI-tiada cara hidup yang lain melainkan cara hidup Nabi Muhammad saw. Cara hidupnya,Solatnya,zikirnya,semua ibadatnya,PERJUANGANnya WAJIB dituruti dan diikuti oleh umat manusia.

saudara AM, terimalah hakikat...kita ini semua (seluruh dunia) hanyalah SATU BANGSA.....

http://catatanhamba.blogspot.com

SAHABAT-SAHABAT AM