Saturday, October 31, 2009

Ahli PAS Dikelirukan Oleh Pemimpin Mereka Sendiri

Isunya ialah Kerajaan Perpaduan.

Mula disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Kemuncaknya, Muktamar Agung PAS menolak usul Kerajaan Perpaduan itu.

Bukti bahawa usul kerjaan perpaduan itu datangnya dari pihak PAS ialah bila Hadi Awang kata "cadangan kerjaan perpaduan hanya diusulkan semasa Tun Abdullah menjadi PM, sekarang Tun Abdullah tidak lagi PM, jadi kerajaan kerajaan perpaduan terbatal. 'TUTUP BUKU'

Akibat dari isu itu, PAS sekarang sedang menghadapi saat sukar, bila ujud dua kumpulan dalam saf kepimpinannya. Satu puak menyokong cadangan Hadi itu dan satu puak lagi bermati-matian menolaknya, malah mencadangkan orang-orang yang pro kerajaan perpaduan itu ditendang keluar dari PAS.

Yang lucunya dikebanyakan blog politik, terutamanya yang ditulis oleh penyokong pembangkang, mereka mentertawakan UMNO kononnya beria sangat untuk menjalinkan perpaduan kerana UMNO sudah tidak mempunyai sokongan lagi. Seolah-olah UMNO jenis 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'

Mereka kata, PAS tidak ingin untuk bergabung dengan UMNO.

AM nak nasihatkan penyokong PAS, sebelum bercerita dan mengulas tentang sesuatu isu, sebaiknya mereka memahami latar belakang isu berkenaan terlebih dahulu. Faham maksud sesuatu isu dan faham sejarahnya. Mereka kena tahu bahawa usul kerajaan perpaduan adalah dari pemimpin mereka sendiri, bukan dari pihak UMNO.

Jangan kerana terlalu taksub, kerana terlalu ingin memaki dan mengaibkan orang lain, akhirnya tanpa disedari, mereka meemalukan diri mereka sendiri. Itupun jika mereka tahu erti 'malu'.

3 comments:

DPR said...

terima kasih AM kerana menjadi follower DPR...

Musafir Kelana said...

Tidak boleh bergabung kerana:

Ambil ayat AM: "Sebenarnya, pembangkang yang kuat memang diperlukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Peranan pembangkang ialah untuk mengimbangi kerajaan, agar tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang akan merugikan rakyat."

catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

ujang, u're welcome

al fakir,

sebenarnya ahli pas yang sebut perkataan 'bergabung' itu, AM bercerita tentang isu 'perpaduan'.

SAHABAT-SAHABAT AM